Wanita Gantung Diri Serta Jerut Leher Anak Menderita Kerana


SKUDAI,JOHOR - Wanita menggantung diri didalam bilik rumahnya di Taman Indah Heights 2, selepas dipercayai mengcekik leher anak perempuannya hingga mati, pada malam tadi.

Kejadian kiri kira jam 7.00, Suami mangsa yang baru pulang ke rumah dari tempat kerja menyedari kejadian tersebut.

Manakala, dua lagi anaknya berusia 16 dan 19 tahun juga tiada di rumah kerana keluar membeli kelengkapan persekolahan di Tampoi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Beh Eng Lai memberitahu, Wanita yang bernama J Sumathi berusia 45 tahun ditemui mati tergantung di sebuah bilik gymnasium di tingkat bawah rumah tersebut.

“Anak perempuannya, K Arthhinee berusia 10 tahun maut dengan kesan cekik di leher,” katanya.
  
“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang melihat kejadian berkenaan.
  
“Pasukan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa maut tiga jam sebelum mayatnya didapati terdapat kesan jerutan pada leher mangsa.
  
“Pasukan perubatan membuat laporan dan mengesahkan, tiada perbuatan jenayah terhadap si mati.
  
“Mayat mangsa dibawa  ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk di bedah siasat.
  
“Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati mangsa yang juga suri rumah itu adalah pesakit kanser tahap empat dan sering mengadu sakit serta memberitahu tidak mahu hidup lagi kepada keluarganya”, Katanya.
  

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) – Sumber:Harian Metro, Editor: Farhana