Wanita Harus Tahu 15 sebab Lelaki Curang


Setia adalah salah satu ciri-ciri yang paling diutamakan setiap orang dalam memilih pasangan. 

Curang adalah salah satu perkara yang paling ditakuti setiap pasangan bercinta atau yang sudah berkahwin terutamanya kaum wanita. 

Kaum lelaki sering dikaitkan dengan kecurangan dan kenapa lelaki mesti curang?

Berikut 15 sebab kepada lelaki curang:

1)  Sekadar suka-suka

Ada sesetengah lelaki pada mulanya hanya mahu berkawan tetapi di dalam hati ada taman mudah sangat cair dengan pujuk rayu wanita lain sehingga terbit perasaan sayang dan terlupa sudah punya buah hati yang setia. 

2) Pasangan terlalu sibuk

Salah satu alasan yang sering kali didengar oleh lelaki untuk memulakan kecurangannya. 

Pasangan mereka terlalu sibuk bekerja sehingga dia tiada tempat untuk mengadu. 

3) Pasangan sudah tidak menarik 

Jika cinta kerana paras rupa memang tidak kekal kerana manusia boleh berubah dari segi fizikalnya. 

Lelaki menjadikan alasan pasangan tidak pandai menjaga penampilan membuatkan mereka memilih orang lain. 

4) Peluang

Dengan adanya media sosial yang semakin menguasai kehidupan kita, banyak peluang untuk lelaki curang dan pada awalnya hanya perbualan kosong sebagai kawan dan akhirnya hati mula sayang.

Jangan tidak tahu, Media sosial juga salah satu punca penceraian yang semakin meningkat sekarang.

5) Pasangannya juga pernah curang

Jika ini sebab untuk lelaki curang mungkin perempuan harus berusaha mengembalikan semula kepercayaan kepada si lelaki. 

Memaafkan lebih baik,manusia tidak sempurna.

6) Mengharapkan sesuatu daripada wanita lain

Jangan tak percaya, ada lelaki yang sanggup curang kerana mengharapkan wanita lain mampu memenuhi keperluan mereka kerana pasangan yang ada hanya wanita yang hidup kais pagi makan pagi. 

Cinta kerana harta tidak akan kemana pun. Habis harta habis cinta.

7) Terpengaruh dengan kawan

Kawan-kawan sedikit sebanyak mempengaruhi jiwa lelaki yang sering melihat rakan-rakannya keluar melepak membawa kekasih sulit masing-masing. Mungkin mereka nampak lebih bergaya jika mampu ada lebih dari seorang pasangan. 

8) Pasangan tidak memahami

Tidak memahami dia sehinggakan mula mencari yang lebih memahami. 

9) Perasan lelaki dambaan wanita

Lelaki sebegini sangat bahaya kerana merasakan ramai wanita yang ingin berdamping dengannya. 

Lelaki ini akan cuba mendekati perempuan yang dia rasakan berminat dengannya. 

10) Mudah bosan

Nasib malang wanita yang bersama dengan lelaki yang mudah bosan. Lelaki ini akan terus curang tanpa ada perasaan. Hanya pentingkan perasaan dia yang mudah bosan itu. 

11) Pasangan terlalu mengongkong

Wanita harus berhati-hati kerana sesetengah lelaki tidak suka dikongkong dan ada yang jenis makin disekat makin dibuat. 

12) Pasangan kuat membebel 

Bebelan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Pasti ada sebab kenapa wanita suka membebel kepada lelaki. Cuba selami perasaan pasangan masing-masing. Curang bukan penyelesaian.

13) Merasakan pasangan sudah hilang hormat

Sesetengah lelaki sangat pantang jika pasanganlangsung tidak menghormatinya sebagai ketua keluarga. Wanita harus ubah perangai jika sering melawan suami. Jangan sampai hilang hormat itu penyebab suami curang. Menangis tak berlagu nanti.

14) Kaki perempuan

Alasan ini tiada siapa yang mampu tolong melainkan diri lelaki itu sendiri. Pantang jumpa perempuan berdahi licin pasti ingin di cuba. Perangai ini mungkin boleh diubah jika sudah bertemu cinta sejati yang mampu menambat hatinya.  

15) Sengaja mencari masalah

Tiada masalah tapi sengaja mencari masalah. Mungkin lelaki ini sudah bosan dengan hidupnya yang terlalu bahagia bersama pasangannya. Ada masalah baru la terasa hidup lebih bermakna. Wujud ke lelaki perangai sebegini? Editor: Nsuhail