Jumaat, 15 Disember 2017

Wanita Hina Nabi DIdenda Dan Dipenjara


IPOH - Seorang wanita yang juga merupakan suri rumah dijatuhi hukuman denda RM15,000 dan penjara selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah menghina Nabi dengan kata-kata kesat di dalam sebuah masjid di sini tahun lalu.

Majistret Siti Hanum Md.Sah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, Tham Yut Mooi, 46, selepas tertuduh mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mengikut kertas pertuduhan, Yut Mooi didakwa mengeluarkan kata-kata 'Nabi Babi' yang didengari oleh tiga individu iaitu Abdul Rahim Mat Diah, 53, Mohd Yunus Harun, 72, dan Mohd Halim Buyong, 43, dengan niat yang disengajakan untuk melukakan perasaan keagamaan.

Difahamkan, perbuatan tersebut dilakukan di ruang solat Masjid Ubaidah, Ulu Kinta kira-kira jam 5.30 petang pada 4 Mei 2016.

Pertuduhan tersebut dikemukakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Sumber: Kosmo. Editor: Atila Atasha.