Wanita Maut Dibaham Anjing Peliharaannya Sendiri.


Amerika Syarikat – Pihak polis di Negara Bagian Virginia, menjumpai mayat seorang wanita yang bernama Bethany Stephens yang di maklumkan dibunuh dan di ratah oleh dua ekor anjing peliharaannya dari jenis Pitbull.
  
Pihak Polis memberitahu, peristiwa itu terjadi ketika Stephens membawa dua ekor anjing peliharannya itu untuk berjalan-jalan ke kawasan hutan.

Wanita berusia 22 tahun itu di temui mati setelah empah hari berlalu, pihak polis mengadakan sidang akhbar untuk memperjelaskan penyebab kematian stephens, secara tak langsung membantah tuduhan tuduhan yang mengatakan ada tindakal jenayah di balik kejadian kehilangan wanita tersebut.

Ketika polis menjumpai dua ekor anjing itu pada Jumaat lalu, kedua binatang tersebut berusaha menyembunyikan sesuatu yang mereka sangkakan hanya lah bangkai haiwan.

Namun ternyata bangkai itu adalah jasad Stephens. Pihak polis lantas menyatakan dua anjing itu telah memakan majikan mereka.

“Saya memperhatikan, begitu juga dengan empat polis lain yang turut menyaksikan, anjing-anjing itu memakan tulang rusuk mangsa” kata Jim Agnew, polis di Goochland County.

“Kecederaan akibat trauma yang dialami mangsa ada pada bahagian tekak dan wajah.

“Mangsa seolah-olah jatuh dan tidak sedarkan diri, lalu menjadi mangsa ratahan anjing-anjingnya hingga dia mati,” ujar Agnew

Agnew berkata, dia tidak mahu membuka cerita kejadian secara terperinci kerana menghormati keluarga stephens pada mulanya.
  
Tetapi setelah khabar angin tersebar meluas di kota Virginia  dan pejabat polis dibanjiri talifon dari masyarakat, dan masyarakat menjadi semakin takut mendegar khabar angin yang tersebar Agnew terpaksa membongkarkan punca kematian wanita tersebut.

Agnew berkata, dia membongkarkan punca kematian itu untuk meyakinkan masyarakat, tidak ada pembunuh yang berkeliaran di daerah tersebut.

Kolega Stephens lantas bertanya tentang hal-hal yang mungkin mendorong pitbull membunuh majikan yang telah membesarkannya sejak kecil.

Seorang rakan Stephens berkata kepada media tempatan, kedua-dua pitbul adalah anjing yang tenang. “Mereka akan membunuh kamu dengan banyak ciuman,” katanya.

Dua pitbul tersebut telah dibunuh dengan izin dari keluarga Stephens. Jumlah berat badan dua anjing itu dilaporkan setara dengan tubuh badan Stephens yang dihuraikan kecil, kira-kira 45 kilogram.

Dua pitbul itu, bernama Tonka dan Pacman, dijumpai oleh ayah Stephens. Ketika itu, ia ke hutan untuk mencari Stephens yang dianggarkan hilang sehari sebelumnya.

“Stephens benar-benar cedera, tubuhnya jelas menunjukkan dia telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui,” kata Agnew kepada media. Agnew berkata, pakaian Stephens koyak rabak di sekeliling jasadnya.


Agnew berkata, “keputusan bedah siasat menunjukkan parut di tubuh Stephens menyamai rahang pitbul dan sangat berbeza dengan jenis serangan haiwan yang lain, termasuk beruang. Badan dua pitbul itu kini dipelihara untuk pemeriksaan post-mortem. Editor: Atila Atashah