Jumaat, 8 Disember 2017

Wanita Mengaku Ditiduri Makhluk Ghaib



Berbagai cerita pelik yang kita sering dengar pada masa kini, dan salah satunya adalah dakwaan seorang wanita bahawa dirinya pernah melakukan hubungan seksual dengan makhluk ghaib pada abad ke - 19 di sebuah perkampungan terpencil.

Mahkluk ghaib yang dikatakan menyerupai seorang lelaki itu dilihat di dalam sebuah lukisan bersejarah yang terletak di sudut ruang tamu rumah seorang wanita yang dikenali sebagai Sian Jamerson yang berusia 26 tahun.

Setelah berpisah dengan teman lelakinya Sian Jamerson dikatakan telah membawa dirinya ke sebuah kotej yang terletak di Aberstwyth Wales, London

“Ke mana sahaja saya pergi pasti mengingatkan saya dengan bekas teman lelaki saya. Jadi saya perlu memulakan kehidupan yang baharu,” katanya.

"Pemiliknya turut meninggalkan buku dan juga lukisan lama," kata Sian ketika ditanya mengenai kotej yang didiaminya sekarang.

Menurutnya, salah sebuah lukisan telah menarik perhatiannya dan ia terletak di ruang tamu. Ianya adalah lukisan seorang lelaki muda yang kacak dan bertarikh 1820.

Selepas itu, Sian dikatakan mengalami mimpi erotik

“Saya bangun pagi dan terfikir saya seperti masih ada kekasih. Namun saya lega apabila mendapati diri saya sudah kembali solo.

“Namun beberapa bulan kemudian selepas berpindah, saya bangun pagi dan terlihat seorang lelaki kacak baring di sisi saya. Dia berpakaian lengkap dengan baju putih yang longgar dan memakai seluar gaya lama, jelasnya lagi.

“Ketika saya menghadap ke dinding, perlahan-lahan saya menyedari saya tidak tidur dan merasakan pinggang saya seperti dirangkul, Sian berkata nalurinya kuat mengatakan lelaki tersebut adalah makhluk ghaib dan menyerupai lelaki dalam lukisan tersebut.

“Kami mula menjalinkan hubungan asmara dan dia memberitahu namanya adalah Robert dan pernah wujud di muka bumi 100 tahun lalu. Kami tidak bercakap dan dia seolah-olah berkomunikasi dengan saya secara telepati.

“Saya benar-benar bingung tentang apa yang berlaku dan saya tertanya-tanya sama ada ia berlaku sama sekali. Akhirnya saya beritahu diri sendiri bahawa ia hanyalah mimpi dan enggan terlalu memikirkan mengenainya,” kata Sian.

Namun pada suatu hari Sian berkata lelaki tersebut sudah pergi meninggalkannya.

“Saya menangis apabila dia meninggalkan saya pada malam itu. Saya fikir saya sudah jatuh cinta dengannya,” kata Sian.

Bagaimanapun, Sian kini sudah menemui cinta sejatinya.

“Apabila saya beritahu kekasih saya mengenai Robert, dia fikir ia sesuatu yang kelakar. Dia hanya beritahu ia hanyalah mimpi. Tapi saya tahu ia bukan mimpi, ia kenyataan,” katanya. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha
loading...