Sabtu, 2 Disember 2017

Wanita Yang Dikecam Jual Kondom Berduri Tampil Memohon Maaf


Seorang wanita berusia 26 tahun menanggung malu dan dikecam teruk netizen selepas video mempromosikan berserta menunjukkan cara menggunakan 'kondom berduri' yang tular di media sosial sejak Selasa lalu.

Video yang dihasilkan hanya untuk suka-suka dan bukan untuk tontonan umum sebaliknya untuk sepupu dan rakan wanita, katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, "saya bukan nak 'viralkan' tetapi saya buat sendiri video itu dan hantar kepada sepupu dan rakan wanita dalam 'group' Whatsapp dengan bertujuan untuk menjualnya kepada mereka."

"Malu sangat selepas 'viral' di Facebook," katanya lagi.

Difahamkan, dia bekerja di sebuah kedai menjual barangan kosmetik.

"Dalam video itu saya ada juga menyebut nama sepupu saya dan video itu juga bukan untuk tatapan umum tetapi untuk sepupu dan kenalan wanita saya sahaja.

"Bagaimanapun, sehari selepas saya kongsi video itu dalam 'group' Whatsapp yang hanya ada 10 ahli terdiri daripada sepupu dan rakan wanita saya, terus video itu 'viral', katanya.

Namun sebaik sahaja video itu tular dia telah memuat naik permohonan maaf melalui akaun FB miliknya.

"Bukan saya yang 'viralkan', harap semua faham. Saya makan gaji dengan tauke kedia kosmetik, dia pun turut kena tempias dan malu.

"Tetapi apabila saya minta maaf, makin ramai yang tularkan," katanya.

Dia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatannya itu dan dia akan lebih berhati-hati selepas ini, katanya.

Terdahulu, tular di media mengenai video berdurasi selama 1 minit 26 saat yang dikatakan mempromosikan 'kondom berduri' oleh seorang wanita.

Difahamkan, wanita itu turut menunjukkan cara menggunakan alat berkenaan. Sumber: Harian Metro. Editor: Atila Atasha

loading...