Wartawan Kena Kencing, Bapa Murid Tak Muncul


NILAI - Bapa kepada murid lelaki yang terlibat dalam kes mengenai Cikgu Azizan atau nama sebenarnya, Azizan Manap, 44 dikatakan tidak muncul pada sidang media seperti yang dijanjikannya pada pagi Rabu.

Semalam pada Selasa, dia telah memberitahu kepada media yang dia telah bersedia untuk memberikan penjelasan atas apa yang berlaku di kawasan luar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, antara jam 9.30 hingga ke 10 pagi.

Namun difahamkan sehingga jam 1.30 petang Rabu, dia juga tidak kelihatan dan telah membuatkan seramai 20 wartawan media dari berbagai firma membuang masa dengan menunggu lebih empat jam di sekolah berkenaan.

Malah lebih sembilan panggilan telefon telah dibuat sejak dari jam 9.15 pagi lagi tidak dijawab dan hanya pada jam 12.30 tengah hari dia memberitahu yang berjanji untuk berjumpa dengan media.

Malah lebih sembilan panggilan telefon yang dibuat sejak pukul 9.15 pagi tidak dijawab dan hanya pada pukul 12.30 tengah hari dia memberitahu yang berjanji mahu berjumpa dengan media.

Kemudian selepas itu, dia dan isterinya tidak lagi menjawab panggilan telefon menyebabkan media membuat keputusan untuk pulang.

Terdahulu pada Selasa, bapa murid tersebut yang berusia 50 tahun yang ditemui di rumahnya di Nilai memberitahu belum bersedia memberi sebarang kenyataan kerana berdepan pelbagai tekanan.

Dia akan menjelaskan kesemuanya dalam sidang media yang diadakan pada Rabu, katanya lagi. Sumber: Sinar Harian. Editor: Atila Atasha