Selasa, 30 Januari 2018

10 Sebab Utama Kenapa Lelaki Lebih Suka Janda Berbanding Anak Dara


Banyak perkongsian dan penceritaan daripada pihak lelaki mengatakan bahawa mereka lebih suka berkahwin dengan janda berbanding anak dara, malah ada yang memilih golongan perempuan yang lebih berumur dan bekas isteri orang.

Padahal ramai perempuan muda yang cantik-cantik. Anda boleh tengok sendiri anak-anak perempuan sekarang umur sekolah menengah pun dah pandai bersolek bagai, terus nampak matang! Jadi kenapa janda juga jadi pilihan?

Ok, nak tahu apa keistimewaan janda di mata lelaki, cuba semak senarai kenyataan di bawah. Mana lah tahu ada yang betul dan logiknya kan.

1.Cukup menggoda: Jangan main-main, janda dah ada pengalaman, tak perlu nak ajar macam mana cara nak goda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami!

2. Sudah sedia: Dalam segala apa pun mereka dah bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tak ada istilah “tak nak anak lagi” sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asal lelaki bantu dan tak kedekut bab nafkah. Eh!

3. Senang kira: Apa masalah pun, mereka boleh tolak ansur dengan suami. Mungkin pengalaman lalu mengajar mereka jadi lebih matang dan tidak berkira dengan suami dalam segala hal.

4. Mudah mesra: InsyAllah mereka lebih pandai bergaul dan bermesra dengan sesiapa pun yang akan muncul. Mereka akan jadi lebih ramah dan tak suka orang pandang rendah padanya atas ‘sejarah lalu’. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Automatik dia pandai bawa diri.

5. Bijak ‘menggula’: Pernah dengar orang jenis ‘mulut manis’? Ya, selalunya janda pandai jaga hati. Tak perlu bubuh gula, sudah pasti lelaki cair dengar ayat-ayat mulut dari janda!

6. Expert menjaga: Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan ulang kesilapan dalam hubungan suami seperti dulu. Nak pergi kerja atau balik dari kerja ada nasi siap lauk bawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak ya. Silap-silap bangun pagi pun suami kejut kan. Ops! Hal anak-anak tak payah cakap, mesti terurus!

7. Pandai cari rezeki: Bukan nak kata anak dara tak pandai cari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, kerja apa pun tak kisah janji duit masuk! Mereka dah biasa tak cukup tidur demi anak-anak dan uruskan hal rezeki tanpa seorang lelaki, jadi tak pelik kalau janda lebih ‘win’ bab ini.

8. Tahu semua benda: Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.

9. Suka jaga badan: Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pandai hargai badan dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah. Haaa… pernah tak berdepan dengan janda yang mahir bab jaga badan? Tergodaaaa….

10. Kurang belanja: Maksud belanja di sini ialah perbelajaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Tetapi kalau janda dah tak letak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan ada masa depan anak-anak.

Inilah jawapan kenapa janda jadi MAHAL! Pandangan setiap orang tak sama. Sumber: Minggu Wanita - Editor: Amylea Nazrul