11 Gambar Jururawat Dikecam Netizen Kerana Persenda Pesakit Tenat.


RUSIA – Pihak berkuasa sedang menyiasat seorang jururawat yang memuatnaik gambar di media sosial dengan kapsyen mempersendakan pesakit yang sedang tenat.

Orang ramai mengecam tindakan jururawat tersebut kerana perbuatannya menyalahgunakan media sosial bagi tujuan yang memalukan.

Jururawat yang bernama Anna Kim memuat naik gambar pesakit yang telah tua dan memerlukan pemakaian lampin serta menuduh dotor di hospital itu hanya menolong pesakit yang mahu mereka bantu sahaja.

“Jika mereka tidak mahu membantu, habislah anda. Mereka tidak peduli sama ada pesakit itu mengalami tekanan darah rendah yang melampau,” demikian tulis Anna.


Walaupun perbuatannya itu mendapat kecaman namun Anna tidak dipecat kerana ini bukan kes pertama  di Rusia yang melibatkan kakitangan perubatan di negara itu. Sumbe:MYNEWSHUB.CC , Editor:Farhana