16 Jan 2018

13 Beradik Dirantai Dan Dibiarkan Kelaparan Sepanjang Hari


CALIFORNIA: Selepas salah seorang daripada mereka berjaya melepaskan diri, magsa tersebut telah menghubungi pihak polis.

Serbuan telah di buat pada sebuah rumah di Perris, polis telah menemui 13 beradik lelaki dan perempuan termasuk yang sudah dewasa. Lebih malangnya kaki mereka semua telah dirantai pada bucu katil.

Mereka berjaya dibebaskan selepas seorang daripada mereka, remaja perempuan 17 tahun berjaya melepaskan diri dan menghubungi talian kecemasan 911 membawa kepada penahanan ibu bapa mereka, David Allen Turpin, 57, dan Louise Anna Turpin, 49.

Ketika ditemui semalam, polis mendapati semua mereka berusia antara 2 hingga 29 tahun. Mereka kelihatan sangat kelaparan, keletihan, kotor dan busuk malah merayu meminta makanan dan air daripada anggota polis.

Menurutnya lagi, setakat ini polis dari Jabatan Sheriff Daerah Riverside belum tahu berapa lama mereka dirantai seperti itu sebelum ditemui.

David dan Louise kini menghadapi tuduhan menyeksa dan membahayakan kanak-kanak.

Menurut polis, semua adik beradik itu dihantar ke hospital selepas sebaik diselamatkan dari bilik yang kotor dan busuk itu.

“Mereka kelihatan kekurangan zat dan amat kotor,” kata seorang anggota polis.

Siasatan mendapati ibu bapa mereka memfailkan muflis pada 2011 dan menanggung hutang sehingga $500,000 walaupun David Turpin berpendapatan $140,000 setahun sebagai jurutera dengan sebuah kontraktor pertahanan. Sumber: Mymetro - Editor: Amylea Nazrul








Advertiser