Jumaat, 5 Januari 2018

13 Gambar Pengantin Ini Tidak Senyum Di Hari Pernikahan, Netizen Geram Selepas Tahu Perkara Sebenar.


Detik-detik pernikahan seharusnya menjadi salah satu detik yang paling membahagiakan bagi pasangan lelaki mahupun wanita. 

Tetapi perkara ini tidak berlaku dengan pengantin wanita ini.

Gadis ini yang berusia 17 tahun dan dikenali dengan nama Kheda Goilabiyeva, tidak sedikit pun menunjukkan sebarang reaksi serta senyuman di wajahnya pada hari bahagianya.

Rata-rata pengguna laman sosial berasa agak geram apabila melihat gambar persandingannya.

Gadis itu dilihat hadir di pelaminannya dengan mengenakan gaun berwarna putih yang indah, tetapi jika diperhatikan seperti ada yang kurang…iaitu senyuman.

Namun, ada cerita disebaliknya.

Ternyata, gadis ini telah dipaksa untuk menikah dengan seorang pegawai polis yang berusia 47 tahun.

Polis terbabit khabarnya sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan lagi adalah pernikahan ini sebenarnya dipaksa oleh polis terbabit dan dia turut mengancam keluarga Kheda, “Jika kalian tidak mahu putri kalian menikah denganku, kalian tanggunglah sendiri akibatnya nanti.”

Lelaki terbabit yang dikenali dengan nama Nazhud Guchigov, yang berasal dari Rusia itu memutuskan untuk mengambil Kheda sebagai isterinya setelah melihatnya untuk pertama kali.

Namun, perkara ini tidak dipersetujui oleh pihak keluarga Kheda.

Tetapi demi keamanan diri sendiri dan keluarga, Kheda terpaksa mengikut kemahuannya dengan menyerahkan dirinya untuk dinikahi

Ketika ditanya “Apakah kamu bersedia menerima Nazhud menjadi suamimu?”, Kheda sebaliknya tidak menjawab. Sehinggalah dia ditanya sebanyak 3 kali, barulah dia menjawab dengan sangat terpaksa, “Bersedia…”

Setelah berita ini tersebar, rata-rata pengikut laman sosial mengecam tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit dan meminta agar perkara ini tidak akan berulang.

Sukar untuk dipercayai bahawa pada zaman sekarang hal-hal seperti ini masih lagi berlaku.


Kita cuma boleh mendoakan yang terbaik untuk Kheda dan semoga dia diberi ketabahan. Sumber: Bomb, Editor: Amira