15 Gambar Pakaian Sekolah Yang Menarik Di Serata Dunia.


Institusi pendidikan wujud sejak dahulu kala dan mempunyai lambang tersendiri iaitu dengan pemakaian seragam sekolah.

Ia juga membuat para pelajar menjadi lebih berdisiplin, sikap bekerjasama dan paling penting, ibu-bapa tidak perlu berfikir panjang bagi menyediakan pakaian lain untuk anak mereka.

“Seifuku” terdiri daripada kemeja putih dan skirt pendek adalah pakaian sekolah untuk perempuan di Jepun dan sangat terkenal di seluruh dunia kerana ia menyerupai kostum daripada komik ‘manga’ dan turut dipakai semasa musim sejuk.

Di England, kod pemakaian seragam sekolah sangat teratur dan mereka memilih warna biru kerana mempercayai warna tersebut dapat mendidik para pelajar menjadi lebih tenang dan teratur.

Australia lebih terikut-ikut cara pemakaian negara Great Britain dimana pakaian seragam sekolah mereka banyak diadaptasi daripada gaya British yang mewajibkan para pelajar memakai topi oleh kerana keadaan cuaca yang sangat panas.

Berikut adalah gaya berbeza pakaian sekolah di seluruh dunia yang dilihat lebih menyerlah dan praktikal.

Kemeja putih menjadi pilihan beberapa sekolah dan di cuba bersama seluar kuning dan kemeja biru bersama seluar biru gelap dan juga mempunyai baju putih bersama seluar merah termasuk tali leher.

Di Indonesia pula, pakaian seragam sekolah mereka berbeza bergantung kepada tahap pendidikan. Kemeja mereka berwarna putih, tetapi seluar mempunyai warna yang berbeza seperti warna merah, biru gelap atau kelabu.

China mempunyai beberapa set pakaian seragam sekolah sama ada untuk hari biasa mahupun semasa bercuti, musim panas dan musim sejuk serta pakaian seragam untuk pelajar lelaki dan perempuan adalah hampir sama dan mereka dilihat seakan-akan memakai pakaian sukan.

Ghana, seperti kebanyakkan negara Afrika mempunyai kadar pendapatan yang amat rendah dan tahap kemiskinan yang tinggi.

Membeli pakaian seragam sekolah itu merupakan suatu cabaran untuk para pelajar mendapat pendidikan. Pada 2010, kerajaaan mereka mula memberi pakaian seragam secara percuma melalui bandar-bandar di negara itu.

Para pelajar wanita memakai pakaian kebangsaan putih yang dipanggil “Ao Dai”. Di sesetengah sekolah, ianya hanya dipakai untuk tujuan tertentu sahaja seperti majlis-majlis khas.

Disebabkan masalah konflik yang berlaku, pakaian seragam sekolah Syria telah bertukar dari warna khaki gelap ke warna yang lebih terang seperti biru, kelabu dan merah jambu sebelum konflik ketenteraan yang melanda. Ia merupakan simbol pengharapan untuk hidup lebih aman di negara itu.

Bhutan antara salah satu negara yang memakai pakaian tradisi kebangsaan mereka iaitu “Kira” untuk perempuan dan “Gho” untuk lelaki dan ada sesetengah pelajar menjadikan pakaian tersebut sebagai beg untuk membawa buku dan peralatan sekolah.

Kebanyakan pelajar di Korea Selatan menghabiskan masa di sekolah dari pagi hingga petang dan tidak hairanlah pakaian seragam walaupun diluar waktu sekolah mahupun dikalangan selebriti.

Di Sri Lanka, para pelajar perlu memakai pakaian seragam berwarna putih iaitu perempuan memakai kemeja, skirt dan bertali leher manakala bagi lelaki, kemeja beserta seluar pendek berwarna biru.

Pakaian seragam sekolah tidak diamalkan di Rusia pada 90an namun sejak 2013 pentadbiran sekolah telah membuat peraturan mereka sendiri dengan mewajibkan setiap sekolah mempunyai pakaian seragam sendiri.

Pakaian seragam adalah wajib di setiap sekolah dan bahagian yang paling penting ialah sehelai selendang berwarna putih dililit di leher merupakan simbol sokongan parti politik Korea Utara.

Di India pula, kebanyakan sekolah mempunyai pakaian seragam yang wajib dipakai yang mana lelaki dikehendaki memakai baju berbutang bersama seluar pendek manakala perempuan pula memakai seluar panjang bersama kasut. Sumber:taikotv , Editor:Farhana

Jepun

Great Britain

Australia

Cuba

Indonesia

China

Ghana

Vietnam

Syria

Bhutan

Korea Selatan

Sri Lanka

Rusia

Korea Utara

India