3 Gambar: Lelaki Ini Selfie Dan Viralkan Gambar Kekasihnya Tidur Bersama Lelaki Lain Dirumah.


AMERIKA SYARIKAT – Reaksi sesetengah orang apabila mengetahui pasangan mereka bersama orang lain di atas katil sudah pasti akan mengamuk namun tidak kepada lelaki yang bernama Duston Holloway apabila dia mengambil peluang untuk merakam gambar mereka.

Duston pulang ke rumah dan mendapati teman wanitanya tidak sedarkan diri akibat mabuk, baring di sebelah seorang lelaki yang tidak dikenali.

Walaupun terkejut Duston tidak mengamuk sebaliknya sempat merakam gambar ‘selfie’ dirinya di hadapan mereka lalu memuat naik gambar tersebut ke akaun facebooknya.

“Apabila anda pulang ke rumah dan mendapati ada individu lain di katil bersama teman wanita anda! Lelaki yang baik, berhak mendapat wanita yang baik,” tulisnya di Facebook yang turut disertakan dengan emoji simbol ‘peace’.

Duston mengakui dia terasa mahu membelasah lelaki berkenaan tetapi dia berusaha menenangkan dirinya dan merakam gambar mereka sebelum keluar dari kediaman itu.

“Saya dengan tenang merakam gambar selfie dan keluar dari rumah itu ‘like a boss’ lol. Saya cuba kejutkan dia, tetapi dia terlalu mabuk,” tulisnya.

Gambar yang viral di media sosial itu menjadi perhatian netizen apabila seluruh dunia memujinya kerana bersikap tenang walaupun berada dalam keadaan yang sukar.

“Saya terima ribuan mesej dari orang ramai di seluruh dunia yang mengucapkan tahniah kepada saya kerana menjadi seorang lelaki yang baik dan tenang menghadapinya.

“Saya sangkakan dunia saya sudah berakhirnya, tetapi sokongan dari netizen membuatkan rasa rasa tak adalah teruk sangat seperti mana yang kita sangkakan (bila cinta dikhianati),” tulisnya. Sumber: Kisah Benar, Editor:Farhana