5 Gambar Mayat Bayi Tidak Berdosa Ditemui Didepan Masjid.

5 Gambar Mayat Bayi Tidak Berdosa Ditemui Didepan Masjid.


KUBANG PASU: Sekumpulan jemaah yang masih belum sempat menunaikan solat Subuh dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang bayi yang tidak berdosa di Masjid Al-Faizin di Pulau Ketam, Jitra, pagi tadi.

Bagaimana pun, keadaan bayi itu amatlah menyedihkan kerana mayatnya itu dipercayai sudah pun kembung dan juga membengkak dan kemungkinan mayat bayi itu dibiarkan terlalu lama di kawasan terbabit.

Menurut Imam masjid berkenaan, Solahuddin Ishak memberitahu bahawa bayi itu ditemui oleh salah seorang jemaah berhampiran pintu pagar masjid kira-kira pada pukul 5.30 pagi ketika jemaah terbabit hendak memasuki kawasan masjid.

"Ketika mahu membuka pintu pagar masjid, jemaah itu ternampak bungkusan plastik hitam berdekatan situ."

"Menyangkakan bahawa plastik hitam itu berisi sampah, jemaah tersebut cuba mengangkat plastik itu untuk dibuang ke dalam tong sampah.”

"Namun dia berasa pelik apabila 'sampah' itu terasa agak berat."

"Apabila jemaah itu membuka bungkusan plastik untuk diperiksa, dia terkejut melihat kaki bayi tersebut terjulur dari bungkusan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, mayat bayi yang tidak berdosa tersebut didapati telah dibalut dengan menggunakan kain batik sebelum diletakkan dalam satu plastik hitam.

"Kami menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.15 pagi. Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan yang bayi tersebut sudah meninggal dunia melebihi tempoh 24 jam.”

Bagaimana pun, mayat bayi itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

Kes ini akan segera disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan bertindak membuang mayat. Sumber: Utusan Online, Editor: Amira





© Utusan Melayu (M) Bhd