5 Tahap Seks Wanita Mengikut Umur


Wanita dan lelaki mempunyai keinginan seks yang berbeza, dan keinginan seks wanita akan berkurang apabila umur semakin meningkat.

Pakar seksologi membuat kenyataan bahawa wanita mempunyai lima tahap seks dalam hidupnya. Secara umumnya, setelah memasuki usia akil baligh ghairah seks wanita akan muncul pada ketika itu.

Peringkat pertama adalah pada awal 20-an ghairah wanita pada usia ini hanya pada mata. Pada tahap ini juga mereka sedang mencari-cari maksud tentang seks. Oleh itu mereka cukup berminat untuk membaca perkara-perkara yang berkaitan dengan seks. Pada tahap ini juga remaja perempuan juga suka sentuhan, perhatian, kasih sayang, dan pemahaman.

Pada usia 25 hingga 30 tahun pula, wanita sudah memiliki keyakinan diri untuk bercinta dan juga melakukan hubungan seksual. Tidak hairanlah pada waktu ini ramai wanita yang merasakan ia waktu yang paling sesuai untuk mendirikan rumah tangga.

Mereka juga sudah berasa selesa dengan perubahan tubuh dan memahami akan keperluan seksual. Tetapi pada masa yang sama tidak dinafikan juga kerjaya yang sedang dinikmati oleh kaum wanita menghalang hasrat seksual yang sedang bergolak. Ada yang menangguhkan hasrat untuk mencari pasangan dan juga berkahwin kerana mengutamakan karier.

Ketika di usia 30-an ini wanita lebih sensitive terhadap sentuhan. Mereka juga memang mahukan sentuhan daripada pasangan. Pada usia ini wanita yang telah pun berkahwin akan merasai kebebasan seks dan mampu menikmatinya dengan penuh perasaan.

Kehamilan dan perubahan hormon juga mungkin menambah ghairah seksual yang mereka rasai ketika ini. Aliran darah yang meningkat ke arah pinggul membuatkan mereka mudah terangsang untuk melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Umumnya Usia 40-an, ghairah seks mencapai puncaknya pada usia ini. Karier dan keluarga yang telah stabil membuatkan wanita memiliki banyak waktu untuk diri sendiri dan berusaha mempertahankan kehidupan seksnya dengan baik.

Ketika ini juga ramai kalangan wanita yang mencari-cari rawatan bagi meningkat dan mempertahankan ghairah seksualnya supaya setanding dengan pasangannya. Mungkin juga pada tahap ini hasrat seksual mereka sama seperti di usia muda.

Dan pada peringkat terakhir iaitu pada usia 50-an, ghairah seks mula menurun. Penghasilan hormon seks yang merangsang perkembangan dan pemeliharaan ciri-ciri seks yang berkurangan menyebabkan hubungan seks tak begitu di inginkan ketika ini. Tetapi perkara ini tidak semestinya terjadi pada wanita di tahap usia ini. 

Bagi wanita yang mempunyai rutin hubungan seks yang baik dan mesra ketika zaman mudanya, usia mungkin bukan penghalang untuk mereka mengekalkan rutin seks dengan pasangan sama seperti di masa mudanya. Sumber: eberita.org - Editor: Amylea Nazrul