5 Tahun Belajar Tahfiz, Akhirnya Ke Lembah Maksiat Juga. Semuanya Bermula Dengan Telefon Pintar


Anak-anak adalah anugerah kepada ibu bapa untuk dijaga, dirawat dan di didik.

Anak-anak diibaratkan kain putih dan ibu bapa perlu bertanggungjawab mencorakkannya supaya menjadi manusia yang berakhlak mulia.

Namun, dunia kini sangat mencabar dan jauh berbeza dengan wujudnya teknologi canggih yang pelbagai.

Pengetahuan agama sahaja tanpa kawalan yang ketat tidak cukup untuk mengelakkan anak-anak muda dari terjerumus ke lembah maksiat.

Laman Baitus S
olehah berkongsi satu kisah di mana anak angkat yang didik dan diberi pengetahuan agama yang cukup namun kalah dengan nafsunya sendiri kerana terpedaya dengan kejutan budaya.

Si anak dikatakan mahu hidup bebas tanpa dikongkong dan menjadi lebih teruk apabila dibiarkan.

Ibu bapa atau penjaga haruslah sentiasa beringat dan jangan berfikir apabila sudah beri didikan agama yang cukup ianya dapat membentengi maksiat dari diri anak-anak.

 (Sekadar gambar hiasan)

Cerita ini didedahkan supaya ibu bapa di luar sana mengambil pengajaran dan berhenti mencari salah orang lain.

Walaupun bersekolah di tahfiz dan diberikan didikan yang secukupnya, kita tidak boleh berfikir ianya sudah cukup menjadi benteng untuk mengelak maksiat.

Pada zaman mencabar ini, kawalan dan pendedahan perlu di usahakan bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan telefon pintar kerana peranti itu ada juga manfaatnya jika digunakan dengan betul.

Doa yang tidak pernah putus dari ibu bapa meminta Allah pelihara sangatlah penting untuk anak-anak dan buat amal kebajikan serta menjaga lidah sendiri dari mengata anak orang dan mencari salah orang.
      (Sekadar gambar hiasan)

Tenaga pengajar di Baitus Solehah didatangi sepasang suami isteri bersama anak angkat untuk dikaunseling.

Ketika tiba di Baitus Solehah rambut anak angkat perempuan yang bernama Kartika itu berwarna keemasan buatan.

Kartika di serahkan kepada pasangan itu ketika umurnya 3 hari dan dijaga dengan penuh kasih sayang dan didikan agama yang cukup serta dibentuk menjadi muslimah yang pandai menguruskan rumah tangga dan dihantar ke sekolah.

Ketika berumur 12 tahun, mereka membawa Kartika mengerjakan haji di Baitullah.

Balik dari mengerjakan haji, Kartika dimasukkan ke Madrasah Tahfiz dan mendalami ilmu Al Quran serta kitab-kitab selama 5 tahun.

Ketika itu Kartika tidak didedahkan dengan dunia luar selain Madrasah, rumah ibu bapanya dan buku-buku serta tiada masalah disiplin.

Setelah tamat pengajiannya di Madrasah itu umur Kartika menjejak 19 tahun dan ibu bapa angkatnya bercadang menghantar Kartika belajar kemahiran jahitan untuk digunakan sebagai peluang mencari rezeki.

Setelah berjumpa dengan kolej yang berhampiran dengan rumah, Kartika pun dihantar ke kolej tersebut.

Sepanjang tempoh tiga bulan berada di kolej ia telah merosakkan segala-galanya apabila Kartika menghadapi kejutan budaya di asrama itu bersama rakan-rakan yang berlainan budaya.

Si ayah memberi telefon supaya senang menghubungi anaknya namun disalahgunakan apabila berkenalan dengan seorang lelaki.

(Sekadar gambar hiasan)

Kartika menggunakan telefon pintar itu seluas-luasnya tanpa sekatan dan mula menjelajah alam maya tanpa panduan.

Tingkah laku Kartika berubah apabila dia mula bermalasan untuk belajar dan mula ponteng kelas serta kerap keluar bersama teman lelaki.

Pihak kolej telah melaporkan kepada ibu dan ayah angkatnya mengenai tingkah laku Kartika lalu gadis itu segera diberhentikan dari kolej.

Tindakan ini sudah terlewat kerana Kartika sudah jauh meneroka alam maya.

Kerana sudah berhenti kolej Kartika hanya tinggal di rumah namun mencari kesempatan lain ketika ibu dan ayahnya keluar bekerja.

Ramai lelaki mengambil kesempatan atas kenaifan Kartika apabila mereka mengajar Kartika berasmara dalam alam maya sehingga bergambar dan bervideo dalam keadaan bogel bukan lagi janggal bagi Kartika.

Suatu hari teman chattingnya mengajak Kartika bertemu di atas katil.

Kartika mengambil gambar setiap aksinya bersetubuh dengan menggunakan telefon pintar sendiri.

Telefon pintar mestilah digunakan dengan pintar namun ianya berlaku kesilapan apabila Kartika mahu memadam aksi ranjang gersang tetapi tersalah tekan dan terkongsi di ‘whatsapp group’.

Dengan serta merta gambar itu bertebaran luas dan dikongsi beramai-ramai sehingga dengan cara tidak sengaja dikongsi dalam whatsapp group ustazah di Madrasah.

Alangkah terkejutnya ustazah lalu pergi bertemu ibu dan ayah angkat Kartika untuk menunjukkan bukti.

Si ibu dan ayah berasa sangat malu sehingga tidak dapat berkata-kata kerana anak yang dihantar ke Madrasah Tahfiz untuk menghafal al-Quran serta tidak pernah meninggalkan solat dan selalu membuatkan hati ibu ayah senang sanggup melakukan perbuatan sedemikian.

Si anak dinasihatkan supaya bertaubat namun sebaliknya memberontak dan marah sehingga meminta dipulangkan kepada keluarga kandung kerana berasa dirinya dikongkong dan tidak bebas berkawan.
(Sekadar gambar hiasan)

Melihat berhari hari anak memberontak, ibu dan ayah angkat akur dengan permintaan Kartika yang hendak pulang kepada keluarga kandung.

Melihat berhari hari anak memberontak, emak ayah angkat akur kehendak anak minta dipulangkan kepada keluarga kandung.

Hampir 20 tahun menjaga anak ini akhirnya terpaksa dipulangkan kepada keluarga kandung atas kehendaknya sendiri.

Kartika dihantar ke rumah yang mana ibu bapa angkat ambilnya 20 tahun yang lalu.

Rumah itu masih tiada perubahan dan berkeadaan daif namun kehendak anak itu mereka turutkan juga.

Sebulan tanpa khabar, alih alih anak itu timbul di rumah ibu saudara angkat dan mengatakan ibu kandungnya telah menghalaunya.

Ibu kandung telah merampas telefon pintar dan menghalau Kartika dari rumah dan menyuruh Kartika pulang kepada keluarga angkat semula.

Rupa-rupanya selama berada di rumah ibu kandung, Kartika menjadi santapan jiran tetangga termasuk abang kandung.

Kartika berjalan ke rumah jiran dan berasmara ketika ibu kandungnya keluar bekerja dan kerana hal itulah ibunya bertindak menghalau dia keluar dari rumah.

Ibu saudara bertindak memaklumkan kepada keluarga angkat lalu mereka datang mengambil Kartika dan membawa ke Baitus Solehah untuk dipulihkan akidah dan akhlaknya.

Ketika mahu dikaunseling di Baitus Solehah, Kartika tidak mahu berbicara berdua dan mahu berbicara depan keluarga angkatnya.

Cerita ini adalah dari keluarga angkat dan pengakuan Kartika sendiri.

Kerana mahu menyelamatkan Kartika, mereka sanggup membuka aib sedangkan pilihan Kartika adalah mahu terus hidup bebas tanpa kongkongan namun halangannya ialah dia tidak mempunyai duit.

Pihak Baitus Solehah memberi beberapa saranan kepada ibu bapa angkat Kartika untuk memperbaiki keadaan.

1. Bawa pemeriksaan doktor untuk mengetahui status diri Kartika, samada mengandung atau tidak. Dari Disember haid tidak datang. Urine test menunjukkan negatif.

2. Berbincang anak beranak tanpa memenuhi kehendak Kartika untuk menggantikan sebuah telefon pintar yang hilang.

3. Ikatan kasih sayang dari kecil bukan mudah diputuskan hanya impian untuk hidup bebas. Perlu sorong dan tarik tali.

Ini adalah kisah benar yang terjadi dalam masyarakat dan kemungkinan boleh terjadi kepada keluarga kita.

Ibu bapa diminta berfikir di mana yang tidak betul dan perbaiki kesilapan itu tanpa menghentam orang lain dan berhati-hati dalam bicara.  Sumber : Baitus Solehah , Editor:Farhana