6 Gambar Dan 4 Video Puluhan Orang Cedera, Struktur Bangunan Bursa Saham Indonesia Runtuh


INDONESIA: Satu lagi tragedi telah terjadi di Indonesia apabila struktur tingkat 2 bangunan runtuh di Bursa Saham Indonesia, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang.

Semasa kejadian ramai pekerja sedang berehat, dan tidak sangka bangunan itu akan runtuh dengan secepat itu. Sebaik sahaja keadaan menjadi riuh- rendah ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Orang ramai yang menyaksi kejadian turut membantu pada  mangsa yang cereda ringan, dan mengalihkan mangsa di tempat yang lebih selamat.

Sementara menunggu ambulans dan anggota bomba sampai, orang ramai memberanikan diri untuk memasuki ke dalam bangunan tersebut untuk menyelamatkan mangsa yang masih ada di dalam bangunan itu.

Dengan kejadian itu, puluhan orang dilaporkan cedera dan dipindahkan ke hospital. Sementara itu Pengarah bursa saham Alpino Kianjaya enggan beri sebarang komen. Sumber: Astro Awani - Editor: Amylea Nazrul