18 Jan 2018

6 Gambar Mengenai Penemuan Ayam Eksotik.


‘Pembisik Ayam’ adalah gelaran yang sesuai diberikan untuk seorang aktivis haiwan yang sanggup meninggalkan kerjanya di Humane League semata-mata untuk memenuhi impiannya mendaki National Appalachian yang terkenal di dunia.

Apa yang menarik perhatian adalah semasa pendakiannya, secara tidak sengaja, dia telah menemui seekor ayam jantan yang dianggap eksotik.

Heather Bolint, 31, telah lama merancang pendakian ini. Lokasi pendakian ini dipercayai terletak di padang gurun gunung Appalachian kuno, yang mana ia merupakan habitat utama kepada haiwan liar seperti beruang hitam, rusa, dan reptilia Amerika seperti ular kayu.

Malahan, dia berjaya menemui seekor ayam jantan yang cukup menarik perhatiannya dan itu adalah perkara terakhir yang dijangka dia temui!

Setelah mengembara sejauh 1,124 batu, Bolint mendapati bahawa dia berada di Pennsylvania, iaitu hanya setengah batu ke garisan Mason Dixon.

Pada detik itulah dia menemui apa yang dikatakannya sebagai ayam eksotik yang cantik.

“Saya benar-benar tidak percaya apabila saya menemuinya. Ia adalah seekor ayam jantan eksotik dengan bulu emas dan putih yang indah.”

Heather dalam pada masa yang sama juga tidak pasti jika pemilik ayam itu ada mahupun tidak, jadi dia berehat dan menunggu sebentar.

Namun, tiada siapa yang munculkan diri di sebalik kawasan hutan terbabit.

Si ayam, yang sepatutnya memerlukan seseorang untuk menjaganya telah menjadi teman perjalanannya lalu dia menamakannya sebagai Eddie.

“Saya mendukungnya dan meneruskan 15 batu lagi dalam keadaan cuaca lembap sehingga matahari mula terbenam,” katanya.

“Ia sungguh jinak hanya duduk di tangan saya atau di dalam baju hujan saya ketika kami berjalan kaki,” kata Heather.

“Ia terus tidur ketika hari mula gelap dan saya meletakkan beg tidur saya di sebelahnya dan tidur dengan selesa. Ia benar-benar lucu untuk berfikir bahawa saya yang menggerakkannya daripada tidur, bukan sebaliknya, “katanya.

Dalam pada itu, Heather dan Eddie juga turut bertemu dengan beberapa pendaki lain di mana mereka turut mengambil gambar bersama Eddie.

Selepas mengembara ke tiga negeri yang berbeza, mereka akhirnya tiba di ibu pejabat Appalachian Trail Conservancy di West Virginia, di mana Eddie dipindahkan ke pusat perlindungan di Poplar Spring, iaitu sebuah tempat perlindungan haiwan ladang.

Heather juga turut menyatakan bahawa Eddie telah menjadi teman pendakiannya yang hebat, dan ia membuatnya merenungkan kembali tanggungjawabnya untuk menjaga makhluk-makhluk yang hanya dilihat dari segi makanan dan bukan sebagai makhluk yang hidup.

“Ia adalah ayam yang telah benar-benar mencuri hati saya,” tambahnya. Sumber: Blog Kokak, Editor: Amira







Advertiser