Selasa, 9 Januari 2018

6 Gambar Tunang Meninggal Akibat Hidu Asap Rokok


Bilangan perokok semakin meningkat saban tahun. Pulau Pinang tahun lepas kira-kira 20.000 rakyat negara ini telah di anggarkan maut akibat merokok pada setiap tahun, menurut persatuan pengguna tersebut.

Namun sebenarnya ramai yang tidak tahu menghidu asap rokok secara berlebihan juga boleh menyebabkan kematian.

Hal itu lah yang berlaku baru-baru ini di mana seorang wanita menceritakan kisahnya melalui laman media sosial bernama Dela Nor dari Negeri Seberang kehilangan tunangnya akibat dijangkiti penyakit paru-paru.

Menurut tulisan itu,tunang Dela bukanlah orang yang merokok,namun kerap menghidu asap rokok dari rakan-rakannya.

Arwah (tunang) telah bertarung dengan penyakitnya hampir setahun sebelum meninggal dunia.

Lebih memilukan apabila arwah dikatakan bakal melangsungkan pernikahan 19 hari lagi yang jatuh pada tarikh 6 Januari 2018 kelmarin.

Menurut Dela Arwah meninggal dunia pada umur 24 tahun dan mereka pula menjalin cinta selama 7 tahun lamanya.

Isu seperti ini bukanlah baru pertama kali,terdahulu seorang bayi berusia 11 bulan dari negeri itu juga meninggal dunia akibat terhidu asap rokok secara berlebihan. 

Jadi peringatan pada orang ramai jika mahu merokok lihat - lihatlah kawasan di sekeliling, "Sayangilah Orang Yang Tersayang". Sumber: Eberita - Editor: Amylea Nazrul