7 Gambar Lelaki Direjam Dengan Buluh


PAPUA NEW GUINEA - Seorang lelaki ditemui mati ditengah jalan dengan seluruh badannya dipenuhi panah diKoangki Narama Timika, Papua, Indonesia.

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa, Melanesia Gwijangge. yang juga dari Kota Jayapura dikatakan pulang ke kampungnya di Timika pada ketika itu sebelum mangsa direjam dengan buluh oleh perang suku.

Difahamkan, kejadian ini berlaku disebabkan perang suku antara warga sesama suku Damal di daerah Koangki Narama Timika. Namun yang menjadi mangsa adalah warga dari suku Nduga.

Ekoran dari itu mangsa telah direjam dengan buluh bertubi-tubi sehingga mati di tempat kejadian.

Sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa dikatakan telah memuat naik gambarnya yang sedang melakukan kegiatan acara perayaan Natal bersama rakannya, Waker Kris. Sumber: TribunMedan.com. Editor: Atila Atasha