19 Jan 2018

7 Gambar Lelaki Ini Berjaya Ubah Wajah Jadi K-Pop


‘Plastic surgery’ ataupun pembedahan plastik kini tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat.

Jika sebelum ini rawatan ini sering kali dikaitkan dengan wanita namun pada zaman yang serba moden ini kaum lelaki juga turut tertarik dengan rawatan ini di mana mereka juga berminat untuk mengubah penampilan mereka supaya sentiasa tampil bergaya.

Khabarnya, rawatan ini sangatlah terkenal dalam kalangan masyarakat di Thailand di mana terdapat beratus-ratus klinik yang menawarkan perkhidmatan ini di mana mereka mempromosinya melalui iklan yang ditampal di kawasan yang berhampiran.

Oleh kerana tertarik dengan perkhidmatan ini di mana rawatan ini dapat memberikan kelainan yang tiada tandingannya dan ramai sudah mencuba serta ada dalam kalangan mereka yang berpuas hati dengan hasil yang mereka perolehi.


Hal ini tidak terkecuali buat seorang lelaki di mana dia juga turut mencuba khidmat ini dan hasilnya sangatlah menakjubkan.

Lelaki ini dikatakan berminat menjalani pembedahan plastik ini kerana di mahukan wajahnya persis bintang K-pop yang rata-ratanya mempunyai wajah yang cukup tampan.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ratchadapong Prasit yang berusia 23 tahun dan berasal dari Thailand itu dipercayai telah menjalani kira-kira 30 kali pembedahan plastik sejak dua tahun yang lalu.



Begitu banyak perubahan yang berlaku pada wajah pemuda ini dan ternyata ianya sangat berbeza daripada wajah asalnya.

Kini pemuda terbabit dikatakan telah menukar namanya iaitu dengan menggunakan nama Minho, iaitu nama yang berasal dari Korea Selatan yang mana ia sering dikaitkan dengan Superstar K-Pop Choi Min-Ho.

Dengan penampilannya yang lebih segak dan menarik, Minho kini dikatakan telah mempunyai ramai peminat dan pengikut di media sosial.



Lebih hangat lagi, gambar asal Minho sebelum menerima rawatan telah menjadi viral di laman-laman sosial.

Menerusi sebuah wawancara khas dengan media tempatan, Minho mendedahkan bahawa pembedahan yang dilakukannya adalah di bahagian dahi, hidung, dagu, dan juga mulut.



Dia juga turut menyatakan bahawa dia telah melakukan suntikan di sekeliling mata dan hidungnya.

Dalam pada masa yang sama dia juga dengan bangga mengumumkan bahawa dia tidak menggunakan khidmat doktor bedah di Korea Selatan, sebaliknya semua prosedur terbabit dilakukan oleh doktor di Thailand.

Minho menjelaskan bahawa dia mula melakukan prosedur pembedahan ini selama bertahun-tahun selepas dia putus cinta.



Dia juga turut mengaku bahawa dia telah membelanjakan lebih daripada 300,000 baht ($ 9,405) selama dua tahun untuk menjalani pembedahan kosmetik terbabit.

Minho berkata sebelum dia melakukan pembedahan terbabit, dia terlebih dahulu akan melakukan sedikit kajian untuk memastikan doktor tersebut betul-betul yang terbaik

“Kuncinya ialah mencari hospital dengan sejarah dan juga latar belakang serta reputasi yang baik dan memastikan doktor di situ mahir,” katanya.



“Bagi mereka yang ingin melakukan pembedahan, mereka harus mengkaji terlebih dahulu semua maklumat yang diperlukan dan berunding dengan doktor profesional sebelum membuat sebarang keputusan.”

Minho juga dilaporkan mahu memperbaiki wajahnya itu melalui lebih banyak pembedahan plastik dalam masa terdekat. Sumber: Next Shark, Editor: Amira

Advertiser