Ahad, 14 Januari 2018

7 Gambar Warga Afrika Mengamuk Gara-Gara Iklan


AFRIKA SELATAN: Satu video menjadi tular di mana menunjukkan beberapa orang lelaki dipercayai mengamuk gara-gara sebuah iklan di pusat membeli-belah H&M di sini, hari ini.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku di mana sebuah paparan iklan menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berkulit gelap memakai ‘hoodie’ yang berwarna hijau yang mana tertulis tulisan ‘Coolest Monkey In The Jungle’ di bahagian hadapan baju terbabit.

Akibat daripada perkara tersebut, orang ramai menyerang pusat membeli-belah terbabit di mana mereka menganggap iklan terbabit bersifat ‘racist’ dan semua itu adalah satu penghinaan yang besar ke atas diri mereka.

Kejadian itu telah berjaya dirakam oleh orang ramai yang berada di kawasan terbabit di mana mereka terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh beberapa lelaki itu.

Di dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memakai baju berwarna merah menendang pakaian yang digantung sehingga semua pakaian itu kelihatan berterabur di atas lantai.

Dalam pada masa yang sama juga, beberapa orang lelaki lain turut melakukan perkara yang sama dengan menyepah dan menjatuhkan beberapa patung pakaian ke lantai.

Menurut beberapa sumber, pihak H&M telah menarik balik kesemua ‘hoodie’ terbabit untuk dipasarkan.

Sebarang tindakan mahupun siasatan daripada pihak berkuasa juga masih lagi belum diketahui. Editor: Amira


                                                                                 Image may contain: 1 person, standing

   Image may contain: 1 person, text






Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people, people sitting, shoes and indoor

Image may contain: one or more people and indoor