8 Gambar: Maria Ozawa Takut Ditinggalkan Kerana Netizen Sering Dihina Bakal Suaminya.


Jepun bukanlah hanya dikenali sebagai sebuah negara maju namun Jepun juga turut terkenal dengan industri filem dewasa yang biasa dikenali dengan JAV atau Japanese Adult Video.

Daripada ribuan wanita yang pernah menjadi bintang JAV, pastinya nama seperti Maria Ozawa sudah tentu tak asing lagi di telinga penggemar JAV.

Maria Ozawa,31 telah dilahirkan di Hokkaido, dan kali pertama berkecimpung dalam industri filem dewasa adalah pada tahun 2005.

Namanya telah menjadi satu fenomena baru dalam dunia industri filem dewasa di Asia setelah berakhirnya era Asia Carera.

Wanita yang popular digelar Miyabi ini memutuskan untuk bersara daripada industri filem dewasa sejak tahun 2010.

Setelah berhenti, Maria Ozawa memutuskan untuk pindah ke Filipina dan melanjutkan kariernya sebagai penghibur di sana.

Namun tiada siapa menyangka dia turut bertemu kekasih hatinya di Filipina di mana dia menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang aktor kacak bernama Jose Sarasola.

Hubungan antara Sarasola dan Ozawa pertama kali didedahkan setelah Sarasola memuatnaik gambar kemesraan mereka dengan emoji hati di awal tahun 2017.

Bahkan kedua-duanya menjadi perhatian ramai setelah menghabiskan hari Valentine bersama dan sejak dari itu, mereka sering menunjukkan kemesraan menerusi akaun Instagram masing-masing.

Dalam sebuah wawancara yang dipetik dari laman ABS-CBNNews, Maria memberitahu bahawa dia ingin segera bernikah, membina keluarga, dan juga memiliki anak.

Namun, sejak mempunyai kekasih, ramai netizen mencemuh dan ia sedikit sebanyak membuatkan Jose Sarasola terkesan dengan penghinaan yang diterima.

Masalah ini membuatkan Maria berasa bimbang dan turut menyalahkan dirinya sendiri.

Menurutnya dia bimbang jika dia mungkin menyerah dan kekasihnya akan memutuskan untuk meninggalkannya.

Meskipun begitu, Maria Ozawa tetap yakin bahawa hubungannya akan berkekalan dan berakhir dengan bahagia.

Sebelum ini heboh di Malaysia apabila peminat Maria Ozawa mengetahui bahawa bekas pelakon filem pornografi itu berada di Kuala Lumpur.

Berita kehadirannya itu tersebar apabila dia ada memuatnaik gambar dengan menulis “Hello Kuala Lumpur” di laman sosial Instagram. Sumber: Cerita Viral, Editor: Amira