8 Gambar Pasangan Suami Isteri Hidup Bahagia Selama 20 Tahun Dalam Saluran Perparitan


COLUMBIA - Sepasang suami isteri, Miguel Restrepo dan isterinya Maria Garcia terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak selesa iaitu di dalam longkang bagi menampung kos kehidupan harian.

Kedua-dua pasangan yang berasal dari Columbia ini dikatakan pertama kali bertemu di Jalan Meedellin, Columbia.

Difahamkan, pada waktu itu kedua-duanya menagih dadah dan dipercayai hampir meninggal. Namun akhirnya kedua-duanya bersatu dan saling menguatkan antara satu sama lain,

Tetapi mereka dikatakan berjuang hidup dengan baik sehingga mereka terlepas di bawah pengaruh dadah.

Namun selepas 22 tahun berlalu, mereka telah memutuskan untuk hidup di tempat yang sama yang mereka memanggilnya 'rumah'.

Tetapi 'rumah' yang diperkatakan itu bukanlah sama seperti yang disangkakan. Kedua-dua mereka dikatakan hidup dalam kesusahan semasa bertemu.

Mereka dahulu pernah terlibat dalam pengedaran dadah dan keganasan. Namun disebabkan tiada wang atau ahli keluarga, mereka akhirnya membuat keputusan untuk membuat tempat tinggal di dalam longkang.

Dan di dari situ lah mereka mula untuk berjuang bersama-sama bagi menghindarkan diri daripada dadah.

Bagaimanapun, mereka telah tinggal bersama selama lebih daripada 20 tahun dan yang lebih menakjubkan mereka mengatakan bahawa mereka hidup bahagia.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, itu tidak menghalang mereka untuk mempunyai apa yang mereka perlukan kerana di dalam 'rumah' tersebut ada elektrik, lampu, dapur kecil serta terdapat juga televisyen kecil.

Mereka juga menghiasi rumah sama seperti orang lain ketika mempunyai masa terluang. Bagi mereka, lokasi tersebut agak tenang dan jauh dari suasana bandar yang sibuk.

Manakala pasangan itu juga mempunyai seekor anjing bernama, Blackie yang merupakan penjaga rumah berkenaan.
 
Apabila ditanya sama ada mereka ada bercadang untuk berpindah, mereka tidak memikirkannya sama sekali.

Bagi mereka hidup dengan orang yang paling disayangi adalah lebih daripada cukup walaupun tidak mempunyai tempat yang mewah untuk didiami. Sumber: Kitacerita.com. Editor: Atila Atasha