8 Gambar Remaja Austistik Bunuh Satu Keluarga 20 Minit Sebelum Tahun Baru


NEW JERSEY - Seorang remaja lelaki autistik telah didakwa membunuh empat orang ahli keluarganya beberapa minit sebelum Tahun Baru di kediamannya, New Jersey.

Dalam kejadian lewat malam, remaja yang dikenali sebagai Scott Kologi, 16 telah membunuh ibu bapanya, Steven dan Linda Kologi, kakaknya, Brittany, 18, dan neneknya, Mary Schultz, 70, dengan menggunakan senapang separuh automatik, kata pendakwa Christopher Gramiccioni.

Difahamkan, kesemua mereka tinggal di Long Branch, New Jersey.

Sementara itu, abang remaja terbabit, Steven Jnr dan atoknya, Adrian Kologi, yang berada di rumah ketika sempat melarikan diri semasa serangan itu berlaku.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.43 pada malam Ahad dari dalam rumah, yang di mana kemudiannya keempat-empat mangsa ditemui mati.

Manakala jiran rumahnya, Sergio Diaz, 41 memberitahu bagaimana dia mendengar tembakan itu.

Katanya, "saya keluar untuk mendapatkan beberapa bir di luar beranda dan tiba-tiba saya mendengar pop, pop, pop, pop, pop."

"Saya mendengar seperti 10 das tembakan."

Scott didakwa dengan empat tuduhan pembunuhan dan kesalahan senjata, malam ini.

"Ini kejadian yang sangat tragis," kata Encik Gramiccioni.

Nenek remaja terbabit, Carole Kologi-Zawacki, berasa sangat sedih apabila mendengar mengenai pembunuhan tersebut.

"Ya Tuhanku, Ya Tuhanku, Ya Tuhanku," kata Kologi-Zawacki, 66, dari rumahnya di Florida.

Manakala suaminya, Gregory Zawacki, 63, berkata suspek menghidap autistik.

"Kami tidak tahu mereka mempunyai senjata di rumah," tambahnya lagi.

Kata Walter Monteline, sepupu Linda Kologi, "Kologi adalah seorang yang sangat penyayang dan sentiasa berusaha untuk melakukan perkara yang menyenangkan bersama anak-anak mereka."

"Dia adalah seorang anak yang baik, dia sedikit, anda tahu, perlahan dengan ketidakupayaan pembelajaran, tetapi dia tahu betul dari salah."

Selain itu, Brittany Kologi adalah seorang pelajar baru di Universiti Stockton di Perbandaran Galloway, Atlantic County, New Jersey, di mana dia belajar sains kesihatan, seorang jurucakap universiti mengesahkan.

"Kami yakin bahawa ini adalah kejadian domestik yang benar-benar terpencil dan ia adalah satu kejadian yang sangat tragis," kata Gramiccioni.

Menurut pegawai penguatkuasa udang-undang, "Scott Kologi ditangkap tanpa sebarang masalah."

"Remaja tersebut mempunyai keperluan khas di mana dia tidak perlu menghadiri sekolah awam biasa dan diberi perhatian sepenuhnya oleh ibunya," kata jiran-jiran dan rakan-rakan.

Beliau juga tidak menghadiri Sekolah Tinggi Cawangan Long, di mana abang dan kakaknya lulus.

Semasa kejadian, hanya beberapa minit selepas menginginkan pengikut mereka sempena Tahun Baru, pejabat pendakwa Monmouth County mengumumkan siasatan pembunuhan terhadap insiden itu sedang berlangsung.

Namun tweets kini kelihatan telah dipadamkan

Sementara itu, ada juga kenalan keluarga terbabit memberi penghormatan yang dimuat naik di dalam laman media sosial.

Katanya, "saya sayang kamu, Linda dan Brittany dengan sepenuh hati, kamu semua adalah tahun-tahun terbaik dalam hidup saya, saya amat berbahagia mempunyai masa yang saya lakukan dengan keluarga anda," Sumber: Daily Mirror. Editor: Atila Atasha