8 Gambar Wanita Meninggal Selepas 8 Hari Di Rawat Akibat Diragut


KOTA BHARU - Pilu tidak terhingga di atas pemergian wanita mangsa ragut di Kampung Sri Rebana, Machang pada minggu lalu.

Maria Erianty Zakaria 40, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelubang Kerian pada jam 9.20am.

Suaminya Mohd Ziri Mohd Zain dan lima orang anak-anak mereka berada di sisi ibu ketika wanita itu meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU).

“Arwah isteri sepatutnya membuat pembedahan memasukkan tiub pernafasan pada bahagian leher hari ini namun tidak kesampaian".

Menurut suaminya, Mohd. Zairie Mohamad Zain, 48, dia redha dengan kehilangan isterinya meskipun begitu sedih dengan kejadian ini.

“Mayat berkenaan akan melalui satu proses bedah siasat di bilik mayat HUSM sebelum dikebumikan di kampung halamannya”

“Jenazah isteri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hutan Rebana, Machang pada petang ini,” katanya.

Maria sedang menunggang motosikal dari kampung Sri Rebana ke kampung bersebelahan iaitu kampung Wek, ketika diserang kira-kira jam 6.30 petang.

Pihak polis dilaporkan telah menahan dua beradik berusia 14 dan 26 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. Sumber: Edisirakyat - Editor: Amylea Nazrul