Sabtu, 6 Januari 2018

9 Gambar Penemuan Mayat Remaja Dibaham Buaya


KUCHING - Sebahagian badan remaja yang dikhuatiri dibaham buaya berjaya ditemui di hulu sungai tidak jauh dari lokasi mangsa dibaham di Kampung Melayu Dit, Debak dekat Betong.

Difahamkan, mangsa, Abang Ikal Abang Suip. 13 dikatakan sedang memancing ditepi sungai Sungai Dit di kampung tersebut sebelum dibaham buaya.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.11 petang sebelum sepasukan lima anggota dari Balai Bomba Betong bergegas ke lokasi, kata Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak.

Katanya dalam satu kenyataan, "buaya berkenaan telah membawa mangsa ke dalam sungai tersebut.

Sementara itu, pasukan mencari dan menyelamat telah menemui sebahagian badan mangsa tidak jauh dari lokasi mangsa dibaham dan badan mangsa telah dihantar ke hospital untuk DNA. Sumber: Kamek Miak Sarawak. Editor: Atila Atasha