9 Gambar Perubahan Gadis Demi Majlis Perkahwinan Kakaknya



Seorang remaja yang mengalami masalah kegemukan mula mengalami perubahan apabila berat badannya mulai turun selepas dia bertindak untuk berhenti mengamalkan makanan yang tidak sihat.

Remaja tersebut yang dikenali sebagai Sara Louise William telah menyaksikan perubahan yang dialami oleh dirinya sendiri apabila dia mula untuk bangun serta bangkit melawan nafsu makannya.

Sara, yang baru sahaja berumur 22 tahun itu dipercayai mulai mengikuti satu program kesihatan yang dikenali sebagai Weight Watchers selama dua tahun di mana melalui program tersebut dia mula mendapat semangat untuk menurunkan berat badannya itu.

Sara dikatakan bakal menjadi pengapit pengantin itu berasa sangat malu ketika memakai bikini untuk majlis kakaknya di mana dia mendapati bahawa dia perlu menghentikan perbuatannya memakan benda-benda yang boleh membawa kepada kegemukan.


Semasa majlis pra-perkahwinan kakaknya, Sara yang berasal dari Solihull, Barat Midlands melakukan yang terbaik untuk menyembunyikan badannya itu daripada kelihatan gemuk sementara orang lain dilihat bergembira ketika bergambar.

Menyedari bahawa badannya itu adalah badan yang terbesar di antara dia dan kawannya, dia cuba untuk menyembunyikan badannya dengan pakaian mandi dan juga memakai Tshirt yang boleh menyembunyikan kegemukan yang dialaminya.

Tetapi sebaik sahaja selesai perkara tersebut, Sara mula menyedari sesuatu apabila dia melihat gambar daripada majlis tersebut, Sara bertekad mahukan perubahan untuk dirinya sendiri.



Ini adalah gambar Sara yang diambil ketika dia berada di sebuah pantai di mana ketika ini Sara masih lagi kelihatan gemuk.



Manakala, ini pula adalah gambar di mana dia mula menunjukkan perubahan yang mendadak apabila berat badannya mulai menurun dengan lebih banyak.

Dia memberitahu bahawa dia berasa puas dengan dirinya sekarang dan akan berusaha untuk mengekalkan berat badan tersebut.



Sara dikatakan mula bertindak untuk menurunkan berat badannya dengan melakukan senaman yang berterusan di pusat kecergasan dan juga di rumah kerana dia menginginkan perubahan yang dilakukannya itu dapat dilihat dalam masa yang terdekat.

Selain bersenam, dia juga turut mengamalkan makanan yang berkhasiat dan sentiasa menjauhkan diri daripada makanan yang tidak sihat.

" Saya fikir jika kamu melihat diri kamu di cermin pasti kamu akan berfikir bahawa kamu tidaklah gemuk seperti sebenar."

"Apabila saya melihat diri saya yang sebenarnya, saya akan berkata kenapa saya macam ni?’’.

“Semua gadis memakai bikini dengan mengambil gambar yang banyak, tetapi saya berasa tidak selesa berbuat demikian.”

“Saya tak pernah menimbang berat saya sebelum ini, walaupun saya mempunyai penimbang di bilik mandi, dan apabila saya menimbang saya fikirkan ianya tidak tinggi, tetapi sebaik sahaja mencuba, saya terkejut.”

“Saya berfikir bahawa saya tidak mahu melihat lagi berat badan saya sedemikian dan saya nekad untuk melakukan sesuatu.”

“Kakak saya akan berkahwin dalam masa enam bulan lagi dan saya tidak mahu melihat gemuk ketika majlis tersebut dan saya mestilah mula melakukan sesuatu untuk berubah.”



Ini adalah perubahan yang mendadak yang dialami oleh Sara sebaik sahaja mengamalkan pemakanan yang sihat.

Sara memberitahu bahawa pada mulanya ianya agak sukar untuk dia berubah kerana dia tidak boleh meninggalkan tabiatnya yang suka makan pada waktu malam

Oleh sebab itulah dia cuba mengikuti program pemakanan selepas dia meninggalkan tempat belajarnya.

Sara mengakui bahawa rancangan kesihatan itu banyak membantunya untuk lebih menumpukan perhatian kepada pengurangan berat badan yang dialami oleh dirinya itu.

“Saya tinggal di rumah dan ibu saya selalu memasak makanan yang sihat, tetapi saya selalu terjaga pukul 3 pagi selepas orang lain tidur, dengan mula melakukan kerja dan menonton televisyen sambil memakan makanan ringan.”

“Saya rasa itulah yang saya buat, makan daripada pukul 11 malam sampai 3 pagi. Saya rasa itulah tabiat yang menyebabkan saya sukar untuk berhenti dan tiada siapa yang mengetahuinya.”



Sara sekarang tidak berasa malu untuk mengambil gambar lagi.

Akibat selalu memakan makanan yang manis, Sara nekad untuk menguruskan berat badannya di mana dia haruslah mengentikan tabiatnya itu.

“Saya tidak berhenti megambia makanan ringan tetapi saya menukarnya kepada buah-buahan supaya gula yang semulajadi itu kekal di dalam badan saya.”

“Saya tidak akan mengidam coklat lagi seperti sebelum ini, sekarang saya akan duduk dirumah dan akan mengidam tembikai pula.”

Antara tindakan lain yang dibuat oleh Sara adalah memastikan bahawa dirinya sentiasa mengambil sarapan pagi sebelum melakukan aktiviti yang lain.

  

Sara juga turut menghentikan tabiat makan di waktu malam yang diamalkan olehnya dan mula berubah walaupun perubahan itu amatlah sukar untuk dilakukan.

“Saya tidak pernah memakan sarapan pagi, saya akan bangun selama beberapa jam tanpa mkan tetapi saya selalu memastikan sya mengambil semangkuk bubur ataupun oats dan yogurt serta buah-buahan untuk memulakan hari saya.”

“Saya selalu menginginkan coklat. Saya boleh habiskan empat bungkusan coklat dalam masa sehari kerana saya tidak bersarapan tetapi sekarang saya akan memastikan bahawa saya akan bersarapan terlebih dahulu untuk memulakan hari saya.”

"Makan makanan ringan yang dibekalkan dengan kalori sebelum ini telah ditukar dengan salad ayam atau tuna yang disediakan di rumah.”



Ini adalah gambar Sara ketika memakai bikini atau pakaian dalam di mana dia sangat tidak menyukai gambar tersebut kerana menampakkan dirinya yang gemuk.



Sekarang setelah berat badannya turun dan mengalami perubahan, dia tidak perlu lagi untuk bersembunyi.

Sara yang mengidap fibromyalgia, yang menyebabkan seluruh badannya berasa sakit akan melakukan senaman di pusat kecergasan selama empat atau lima kali seminggu untuk mendapatkan perubahan yang diinginkan.

Sekrang, berat badannya telah susut dengan banyaknya.

Tambah Sara, “Kedua-dua kakak saya sudah berkahwin di mana salah seorang daripadanya sempat melihat saya kurus. Sekarang saya mendapat dua cuti yang ditempah dan saya sudah bersedia untuk memakai bikini dan saya yakin dengan diri saya sekarang untuk berjalan dengan penuh bergaya di tepi pantai.”

“Saya tidak akan bersembunyi lagi dan tidak akan berasa malu lagi dengan gambar saya, saya akan meminta lebih lagi apabila bergambar nanti,” katanya. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira