9 Tips Untuk Anda Kelihatan Kurus Tanpa Perlu Berdiet



Fesyen dan wanita sememang nya tidak boleh dipisahkan kerana setiap wanita mahu kelihatan cantik dan bergaya dengan setiap pakaian yang di gaya kan pada setiap hari.

Oleh itu, golongan wanita lebih peka dalam memilih setiap pakaian yang akan diperagakannya. Bukan hanya orang yang berbadan kurus sahaja yang boleh bergaya, malah wanita yang berbadan gempal juga boleh bergaya tanpa memerlukan diet hanya dengan sedikit ilmu anda boleh kelihatan kecil berbanding bentuk badan anda yang sebenar.

Garisan berbelang boleh mewujudkan gambaran langsing iaitu dengan memilih garisan menegak pada separuh bahagian bawah anda.

Jika anda berniat untuk menguruskan berat badan anda dan mempunyai niat untuk mengamalkan pemakanan yang baik,adalah lebih baik.

Sekiranya berat badan anda sukar untuk turun anda sebenarnya sudah mempunyai niat yang baik untuk menjaga pemakanan anda.

Di sini ada sedikit tips untuk anda yang mempunyai masalah dalam memilih pakaian untuk melengkapkan pemakaian anda.





Pertama sekali anda perlu bijak memilih warna pakaian anda.Jika bentuk badan anda besar pada bahagian atas anda di minta tidak meletakkan perincian yang sarat bagi mengelakkan pinggul anda kelihatan berat.


Kedua potongan menegak pada bahagian tengah denim gelap atau skirt yang mempunyai pinggang yang tinggi akan memberikan ilusi tengah yang lebih langsing serta kaki akan kelihatan panjang.




Ketiga kaedah penyamaran iaitu dengan corak yang mempunyai rona corak yang berbeza.Sebagai contoh baju yang mempunyai corak melintang pada bahagian tengah dapat menyembunyi kan bahagian perut anda, dan jalur menegak pada bahagian atas dapat melangsingkan badan.



Keempat dengan menggunakan tali pinggang. Contoh nya jaket musim sejuk boleh membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada anda, jadi pilihlah gaya yang lebih menarik dan mempunyai jenis kain yang muda untuk di bentuk.




Kelima tekankan bahagian anda yang menarik, dengan menggayakan baju yang mempunyai bentuk V pada bahagian leher ianya akan menonjolkan belahan yang besar , manakala tali pinggang pada pakaian ini akan menghasil kan ilusi yang rata pada bahagian badan.




Keenam keluarkan pinggang anda dengan memperlebarkan inci dari tengah ,dan bahagian corak kuning yang menegak akan membuatkan akan kelihatan kurus.







Ketujuh mengayakan corak yang berwarna terang.Seperti dalam gambar jaket kimono yang memanjang dan bahagian atas yang melengkung dan mempunyai bukannya yang berpaut. Pada bahagian pinggang pula mempunyai tali bagi dapat menghasil kan bentuk yang lebih menarik.



Kelapan menggayakan seluar jeans yang besar di bahagian kaki.Jeans ini seolah-olah dapat meratakan pada bahagian tumit anda. Denim bertindak balas untuk menonjolkan bentuk badan anda yang menarik dan dapat mengekalkan bentuknya.





Kesembilan jahitan helah, seperti didalam gambar jaket yang mempunyai potongan di bahagian pinggang akan dapat menonjolkan bentuk badan anda dan bentuk payudara yang lebih menarik. Editor: Ila