Rabu, 31 Januari 2018

Abam Bocey Bongkarkan Rahsia Mengenai Isterinya Yang Ramai Tidak Tahu


Abam Bocey dan pasangannya iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali baru sahaja mendirikan rumah tangga dan sejak tinggal bersama Abam mengakui bahawa isterinya itu adalah seorang yang sangat kelakar.

Abam memberitahu bahawa isterinya itu sentiasa sahaja menghiburkan hatinya dan sentiasa akan membuatkan dirinya sentiasa terhibur kerana telah bersahaja yang ditunjukkan oleh isterinya.

“Ada ketikanya telatah lucunya mencetuskan idea untuk saya berlawak di atas pentas.”

“Setiap kali ada momen yang dirasakan boleh menjadi pengisian lawak, saya akan membuat nota supaya tidak lupa,” katanya.

Selain daripada menghiburkan hati, Abam berkata, sejak mendirikan rumah tangga, isterinya juga turut menjadi tempat untuk dia berkongsi saat suka dan duka.

Ternyata kehidupannya kini semakin teratur sejak kehadiran Siti Nurhidayah apabila isterinya itu selalu membantunya dalam soal penyediaan makanan dan juga pakaian sehariannya.

“Kehidupan selepas berkahwin memang seronok. Saya bahagia dengan kehadiran isteri.”

“Apabila tinggal bersama semuanya sudah tersusun dengan rapi,” katanya.

Mengakui bahawa jadual kerjayanya semakin padat dengan aktiviti seni, Abam memberitahu bahawa buat masa sekarang perancangan untuk pergi berbulan madu masih tidak dapat dilaksanakan.

Walaupun hasrat berbulan madu masih belum dilaksanakan, namun dia memberitahu bahawa dia teringin untuk menjejakkan kaki ke negara di Asia Barat.

“Semua itu bergantung kepada jadual kerja saya. Selepas bernikah, jadual saya padat apabila terikat dengan pelbagai komitmen termasuk pertandingan Bintang Bersama Bintang di TV3. Saya harap impian itu terlaksana tahun ini juga,” katanya.

Ditanya adakah isterinya itu akan menjadi pengurus peribadi untuk menguruskan kerjayanya, Abam berkata, dia tidak menggalakkan isterinya untuk membantunya kerana bimbang dia tidak memahami waktu kerjanya yang tidak menentu.

“Dia pun ada kerjayanya sendiri. Jadi saya tidak mahu dia penat atau tidak selesa dengan hanya ikut saya dan menjadi pengurus peribadi.”

“Lagipun saya lebih selesa begini. Saya bertemunya di rumah dan kami meluangkan masa bersama apabila ada waktu lapang,”katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Abam kini sedang sibuk dengan program Bintang Bersama Bintang yang kini bersiaran di TV3 setiap hari Ahad, jam 10 malam.

“Rata-rata pelawak yang menyertainya bukan calang-calang. Semuanya berbakat besar dan punya idea yang kreatif.”

“Bergerak secara solo dalam pentas ini membuatkan saya perlu lebih berusaha keras dan banyak bertanya dengan pelawak lain,” katanya. Sumber: Harian Metro, Editor: Amira

Image result for abam bocey dan isteri

Image result for abam bocey dan isteri

Image result for abam bocey dan isteri