Abang Durjana Cabul Adik


Mahkamah Majistret Alor Star mendakwa seorang pembantu gerai berusia 31 tahun mencabul kehormatan adik perempuannya bulan lalu.
Pada mulanya, tertuduh menafikan dakwaan tersebut kemudian dibacakan dan diterangkan pertuduhan itu oleh jurubahasa mahkamah pada prosiding di hadapan Majistret Mohd Aizuddin Zokeply.
Mengikut pertuduhan, dia didapati menggunakan kekerasan jenayah pada adik perempuannya yang berusia 29 tahun.

Tertuduh dikatakan mencabul kehormatan adiknya di tandas sebuah rumah di Kampung Borhan, Jalan Langgar, Alor Setar, pada 7 Disember 2017, jam 7.40 malam.

Mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu jika disabit kesalahan.

Nurul Faraheen Yahya merupakan Timbalan Pendakwa Raya Yahya menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa.

Jumlah jaminan itu agak tinggi dan diminta untuk dikurangkan oleh Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Saidina Khatijah Zaharah Khairunisak Mohd Noor atas alasan tertuduh menanggung ibu yang sakit dan tidak bekerja.

Tertuduh merupakan anak keempat daripada lima beradik yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM30 sehari.

Mahkamah membuat keputusan untuk membenarkan tertuduh dijamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tidak boleh mengganggu mangsa dalam apa jua keadaan termasuk melalui telefon bimbit.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula dan lantikan peguam pada 4 Februari depan. Sumber: Mymetro , Editor:Farhana