Ajal Yang Tidak Disangka


NEGERI SEMBILAN – Mangsa yang dikenali sebagai Amiratul Hakima Binti Ismail keluar berjalan-jalan bersama kawan-kawannya di Kiara Square sebelum kejadian berlaku pada hari ini.

Amiratul merupakan anak perempuan tunggal dari 3 beradik dan berasal dari Kampung Kasau Tengkek.

Ketika sedang berjalan, mangsa dipercayai sesak nafas dan pengsan di lokasi kejadian.

Beberapa orang awam yang turut berkunjung ke pusat beli belah tersebut mengangkat mangsa naik ke atas kerusi dan mangsa sempat diajar mengucap.

Orang awam yang berada di situ memanggil ambulans untuk membawa mangsa ke hospital namun setelah ambulans sampai pada jam 12.40 tengahari mangsa telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Takziah di ucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Sumber:N9RADAR , Editor:Farhana