Akibat Percaya Dengan Kepercayaan Karut Anak Saudaranya Di pukul Dengan Tukul Dan Matanya Dicungkil Menggunakan Sikat Rambut


JAWA TIMUR: Akibat terlalu percaya dengan kepercayaan karut, seorang wanita Dwi Wahyuni,31 sanggup membunuh anak saudaranya sendiri dengan cukup sadis dan teramat kejam. Kejadian dikatakan berlaku di Desa Tulung Jawa Timur.

Pembunuhan kejam itu turut di bantu oleh suami mangsa sendiri Darto 53 tahun. Mangsa dikenali sebagai Lasmi,40 telah ditemui pada 14 Januari yang lalu didalam rumahnya. Keadaan mangsa sangat mengerikan.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan semalam di tempat yang berlainan dan telah mengakui bersalah atas perbuatan kejam mereka itu.

Suspek dikata telah memukul isterinya terlebih dahulu sebelum Dwi menghentak kepala mangsa menggunakan tukul.
Mangsa yang terjatuh di pegang oleh Darto, kemudian Dwi mengambil sikat rambut lalu mencungkil kedua-dua belah mata isteri anak saudaranya.

Lebih dahsyat lagi apabila mangsa telah di sula menggunakan kayu sehingga kesemua gigi mangsa tercabut dan rahangnya terpisah.
Muka serta kemaluan mangsa juga turut di pukul dengan tukul sebelum dipijak beberapa kali sehingga menyebabkan keseluruhan muka mangsa hancur,
Selepas kedua-dua suspek berpuas hati dengan tindakan mereka dan mangsa dikatakan sudah pun mati. Mayat mangsa kemudiannya di balut dengan mengunakan tikar dan meninggalkannya.

Menurut lapor dari pihak polis Kawedanan, Kasat Reskrim AKP Galih jawa timur yang mengadakan sidang media, kedua suspek mengaku telah melakukan pembunuhan itu untuk mensucikan mangsa yang banyak melakukan dosa sepanjang hidupnya
Dwi Wahyuni juga merupakan Pekerja wanita yang baru balik dari Taiwan beberapa tahun lalu. Suspek juga dikatakan telah menjalinkan hubungan terlarang.
Sebelum hari kejadian Dwi Wahyuni dilihat memegang keris dan bercakap “Mataram Akan bangkit” “Mataram Akan bangkit”. Ediotor: Ila