Akibat Terlalu Banyak Mengambil Viagra


PELANCONG dari Amerika Syarikat menjadi ‘tidak siuman’ apabila berbogel di Lapangan Terbang Phuket, Thailand, ini kerana terlalu banyak mengambil Viagra. Enam anggota keselamatan lapangan terbang dan polis menahannya, Khamis lalu.

Selepas ditahan, lelaki Korea Selatan yang memegang pasport Amerika itu memberitahu, dia mengambil terlalu banyak Viagra.

Rakaman video kejadian itu beredar di internet menunjukkan lelaki berkenaan berbogel di Balai Berlepas, menunggu penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan, kira-kira 11.20 malam.

Anggota keselamatan yang menerima laporan ada lelaki berbogel, menemui Steve di depan tandas dekat pusat pemeriksaan penumpang.

Menurut laporan portal phuketnews, pihak lapangan terbang dalam kenyataan hari ini, menegaskan pihaknya tidak menggunakan kekerasan ketika menahan lelaki itu, Steve Cho, 27.

Enam anggota keselamatan bersama anggota dari Balai Polis Saku, pegawai jabatan pelancongan di lapangan terbang itu bergegas ke tempat kejadian dan cuba menenangkannya.

Namun, usaha menjadi sukar kerana lelaki itu membuang air besar di atas lantai dan membaling najisnya ke arah anggota keselamatan dan orang ramai. Dia juga mengamuk merosakkan barangan lapangan terbang serta kedai berhampiran.

“Bagi mengelak kejadian buruk dan mengawal lelaki itu, dia terpaksa ditahan. Dia dibawa ke pejabat pusat pelancongan lapangan terbang.

“Dia mengaku kesalahannya dan bersedia membayar ganti rugi kerosakan di lakukannya,” kata kenyataan itu.

“Apabila lelaki itu kembali tenang, dia mengaku mengambil terlalu banyak Viagra menyebabkan menjadi tidak waras."


Lelaki itu kemudian dibawa ke Balai Polis Saku sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Sumber: Startv – Editor: Amylea Nazrul