Isnin, 29 Januari 2018

Aliff Syukri Nafi Mungkir Janji?? - “Takkan Kena Bagi RM20,000 Pula”


Nama usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri pernah menggemparkan media sosial berikutan kejadian kecurian yang melibatkan pembantu rumahnya.

Terdahulu, Aliff Syukri pernah memberi kenyataan akan memberikan pampasan sebanyak RM5,000 kepada sesiapa yang berjaya menjejaki pembantu rumah beliau yang didakwa telah mencuri wang tunai dan barangan kemas.

Baru-baru ini, dua orang bekas pembantu rumah yang dipercayai terlibat dalam kecurian itu telah berjaya ditahan polis.

Seorang lelaki yang bernama Abu yang dikatakan berjaya menjejaki suspek meluahkan rasa kecewanya kerana mendakwa Aliff Syukri memungkiri janji dengan hanya memberinya wang tunai saguhati sebanyak RM300 berbanding RM5000 seperti yang pernah diperkatakan sebelum ini.

Aliff Syukri menafikan dakwaan lelaki tersebut kerana menurutnya RM5000 tersebut akan diberikan kepada mereka yang memberi maklumat terawal sahaja iaitu merujuk kepada dua pembantu rumahnya yang ditangkap sebelum ini.



Dalam perkembangan lain, beliau berkata mempunyai segala bukti berbentuk video dan resit pemberian wang tunai kepada pihak yang telah menghubunginya sebelum ini dan menyalurkan maklumat berkaitan suspek kes itu.

Aliff berkata dia mempunyai empat orang gaji dan dua telah diberkas sebelum ini dan dua lagi berjaya ditangkap baru-baru ini.

" Duit ganjaran itu saya nak bagi pada waktu pertama kali bekas pekerja saya ditahan. Takkan ada empat orang gaji, saya kena bagi RM20,000 (RM5,000 seorang) pula. Saya bagi kepada individu yang terawal itu sahaja, tetapi pemberi maklumat yang terbaru ini mengugut untuk ‘viral’,” katanya

Lelaki tersebut telah menolak tawaran saguhati yang diberikan kerana beliau mahukan bayaran yang sama seperti yang dinyatakan Aliff Syukri sebelum ini.

Berikutan kejadian yang menimpa usahawan kosmetik ini, terdapat kes lain yang turut terjadi kepada seorang usahawan dimana mangsa ditetak gara- gara sering kali menunjukkan harta dan aset yang dimiliki pada netizen.

Kami harap kejadian kecurian yang sama tidak akan berlaku lagi pada usahawan ini mahupun individu lain. Editor:Farhana