Isnin, 15 Januari 2018

Anak Kita Di Sekolah Bukan Baik Sangat.


Tahukah wahai ibu bapa apa yang anak-anak kita lakukan di belakang semasa ketiadaan kita? Tahukah kita dengan siapa mereka berkawan? Ke mana anak-anak kita pergi? Pernahkah kita terfikir soalan-soalan ini untuk dilontarkan kepada mereka?

 Jika pernah ,tahniah anda seorang ibu bapa yang sangat bertanggung jawab terhadap anak-anak.Bagi anda ini bukan perkara yang kecil. Kerana untuk mendidik anak-anak sepatutnya sejak dari kecil lagi.

Ibu bapa sepatutnya menanam dalam hati bahawa:

1. Anak kita tidak sebaik yang kita sangka

Sememangnya apabila berada di rumah tingkah laku anak-anak kita sangat lah baik dan beradab. Tetapi tahukah kita apa yang mereka lakukan di belakang kita? Ada kemungkinan mereka pernah melawan cakap cikgu, memukul kawan mereka dan pelbagai perkara yang mungkin tidak pernah kita terfikir.

2.Bukan anak kita seorang sahaja yang berada didalam kelas

Purata bilangan anak yang paling banyak adalah di antara 6 hingga 7 orang. Kadang kala kita sebagai ibu bapa sendiri tidak mampu memberikan perhatian secukupnya, bukan? Begitu juga apa yang dialami oleh para pengajar. Mereka perlu memastikan anak-anak didik mereka mendapat ilmu sewaktu diajar.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Pernahkah kita terfikir bahawa anak-anak kita mungkin mereka-reka cerita untuk melepaskan diri akibat takut di marah oleh ibu dan ayah nya.

4. Anak kita sepatutnya layak untuk di marah.

Anak-anak kita perlu dididik dengan baik. Jika mereka melakukan kesalahan kita perlu menegur mereka dengan cara yang baik.

Jika kita terus memarahi mereka tanpa usul periksa juga boleh menyebabkan mereka berasa apa sahaja yang mereka lakukan seolah-olah tidak kena di mata ibu bapa mereka.

5. Fikir semula mengapa kita menghantar mereka ke sekolah

Sekolah bukan sahaja sebuah institusi untuk mendidik. Ibu bapa juga perlu menerapkan nilai-nilai murni untuk dipupuk didalam hati mereka. Bak kata pepatah melentur buluh biarkan dari rebungnya. Kerana dari kecil lah mudah untuk dididik dan diajar.Jika ibu bapa memberikan sepenuh perhatian terhadap anak-anak, mereka tidak akan mudah terjerumus dengan perkara-perkara yang negatif.

6. Dia sedang dididik. Bagi mereka sedikit ruang

Jika kita sendiri sebagai ibu bapa tidak boleh menerima cara didikan orang lain yang tidak sama dengan hasil didikan kita, serupa kita tidak perlu menghantar mereka ke sekolah. Kita tidak boleh mengharap kan agar orang lain mengikut cara didik kan kita. Apabila berada di sekolah cara didik kan menjadi tidak sama seperti mana cara didikan yang kita ajar. Oleh itu ibu bapa perlu memberikan kerjasama didalam hal ini.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Adakah kita memerlukan para guru didalam kes ini? Sememangnya kita mengharap kan para guru untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak sewaktu kita sibuk mencari rezeki. Para guru juga layak untuk dihormati sebagaimana kita menghormati ibu bapa.

8. Duit bukan segalanya.

Iya mungkin duit segalanya .Tetapi untuk membentuk akhlak seseorang bukan ini caranya. Jika kita terlampau memberikan kemewahan terhadap anak-anak juga menyebabkan mereka terlalu dimanjakan oleh wang ringgit.

9. Kita tidak  mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih untuk hidup bermasyarakat untuk membiasakan mereka untuk menghadapi dunia yang sebenar di luar sana. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Jangan sombong dengan para guru

Menjadi seorang pendidik amatlah mulia kerjanya. Tetapi cabaran untuk menjadi seorang guru amat lah dahsyat. Kerja mereka dalam mendidik anak-anak kita untuk menjadi seorang manusia yang berguna satu hari nanti.

12. Ilmu anak kita tak kan berkat tanpa redha gurunya.

Doa seorang guru juga dimakbulkan oleh tuhan. Oleh sebab itu, kita sebagai pelajar perlu menghormati serta mendengar segala nasihat mereka. Tanpa redha mereka tidak mungkin ilmu yang mereka curah kan itu berkat.

13. Para guru juga sentiasa mengingat kan anak kita agar menghormati ibu bapanya.

Para guru juga sentiasa menekan kan bahawa pelajar perlu menghormati ibu bapanya. Oleh sebab itu, guru dan ibu bapa perlu berganding bahu untuk membentuk insan-insan yang baru sahaja mahu mengenali erti hidup ini. Sumber Takaful. Editor: Ila