Anak Tergamak Membunuh Ibu Sendiri.


SCOTLAND: Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara seumur hidup setelah membunuh ibunya dengan menyimbah petrol ke atas mangsa dan kemudiannya membakar mangsa.

Suspek yang dikenali sebagai William Kelly telah memaksa mangsa iaitu Catherine Kelly untuk baring di atas lantai sebelum bertindak membakar mangsa.

Dia kemudiannya menjerit ‘mati, mati’ apabila mendapati ibunya telah dijilat api di dalam ruang tamu kediaman mereka di Kilmarnock, Timur Ayrshire.

Suspek yang dipercayai berusia 42 tahun itu bertindak ganas dan diluar jangkaan di mana dia bertindak menyeret ibunya dari kereta untuk dibawa masuk ke dalam rumah lalu bertindak memukul dan menendang badan mangsa pada 11 Februari yang lepas.

Kelly didapati bersalah di atas pembunuhan terbabit berikutan perbicaraan di Mahkamah Tinggi di Glasgow pada tahun lepas.

Hari ini, suspek telah didakwa oleh Hakim, Lady Stacey dan diarah dipenjara seumur hidup sekurangnya selama 23 tahun.

"Pihak mahkamah mendapati bahawa anda bersalah membunuh ibumu, dengan menyerang, menolak dan meletakkannya ke lantai sebelum anda menuangkan petrol ke atasnya.”

"Itu adalah kejahatan yang sangat mengerikan di mana anda telah menunjukkan kebencian dan kejahatan yang sebenar.”

"Dia adalah orang tua yang lemah, kesihatannya pula tidak menentu."

Lady Stacey juga menambah: "Dia telah menjaga anda dan membesarkan anda, dia masih bersedia untuk menghargai anda sebagai anaknya dan memaafkan tingkah laku anda kepada orang lain.

"Anda membuatnya ketakutan dan akhirnya anda membunuhnya."

Sepanjang perbicaraan dijalankan, Kelly telah menafikan bahawa dia telah membunuh ibunya dan kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja.

Dalam pada masa yang sama, Kelly turut memberitahu mahkamah bahawa sebelum kejadian, dia dikatakan sedang membersihkan kereta yang diletakkan di garaj dan menumpahkan petrol ke atas seluar yang dipakainya.

Dia mendakwa bahawa ketika dia sedang membongkok,di mana dia sedang merokok dan tumpahan petrol tersebut terkena ibunya yang sedang berbaring.

Tetapi hasil siasatan mendapati bahawa tiada kesan petrol dari garaj ke ruang tamu.

Mahkamah dalam pada masa yang sama juga memaklumkan bahawa Kelly berasa marah kerana ibunya telah memalukannya pada pesta ulang tahun ke-21 dengan minum terlalu banyak.

Dia kemudiannya mengarahkan ibunya dan rakannya untuk menelefon teksi. 

Apabila mereka pulang ke rumah sekitar pukul 11 malam, dia menyeret ibunya ke dalam rumah selepas dia jatuh ketika dia keluar dari teksi. 

Seorang ahli patologi memberitahu bahawa Cathy telah mengalami lebam, patah tulang rusuk dan gelaran kedua terbakar hingga 45 peratus ke tubuhnya. Sumber: Daily Mail, Editor: Amira