Angkara Dadah Banduan Kerat Kemaluan Sendiri


BRITAIN – Seorang banduan di salah sebuah penjara paling terkenal dilaporkan telah bertindak memotong kemaluannya dengan pisau kerana berkhayal dan dipercayai mengambil dadah jenis Spice.

Banduan yang tidak diketahui identitinya hampir mati selepas mencederakan diri sendiri di penjara Kategori A di Wakefield, West Yorkshire, yang telah digelar 'Monster Mansion’.

Menurut Daily Star, banduan yang dipercayai usia 30-an menghabiskan masa berminggu-mingguan di hospital untuk menjalani pembedahan selepas memotong zakarnya.

Hakim Kristina Harrison memberitahu mahkamah di Timur Laut tentang bahaya mengambil dadah jenis Spice.

Menurut sumber dari penjara, penghuni yang mengambil dadah Spice itu berkhayal dan menyebabkan kecederaan yang mengerikan kepada diri sendiri seperti menggigit lidah dan menoreh wajah sendiri.

Selain itu, sumber itu turut berkata  pegawai penjara yang menghidu dadah itu perlu dihantar ke rumah sementara individu yang mengambilnya akan menjadi ‘zombi’.

Dadah tersebut telah diharamkan sejak tahun 2016 kerana dikatakan mempunyai kesan yang sama dengan ganja namun masih menjadi masalah di penjara UK.

Statistik Pejabat Dalam Negeri telah menunjukkan bahawa hampir dua pertiga rampasan dadah di penjara adalah berkaitan dengan Spice kerana ianya lebih murah berbanding tembakau dalam penjara yang merupakan kawasan larangan merokok.

Seramai 79 orang penghuni penjara itu disyaki menggunakan Spice 'bahan psikoaktif baru' yang hampir sama degannya mati di penjara antara bulan Jun 2013 dan September 2016.

Suspek telah hadir ke mahkamah dalam keadaan tidak berkemampuan akibat penggunaan dadah tersebut, sementara 16 pegawai penjara di County Durham terpaksa direhatkan tahun lalu setelah terhidu asap Spice dari sel-sel tahanan.

Penjara keselamatan di Wakefield itu digelar 'Monster Mansion' kerana para penghuni berbahaya yang ditahan di situ, seperti tawanan perang Charles Bronson dan pembunuh bersiri Robert Maudsley.


Penghuni lain di Wakefield termasuklah pembunuh kanak-kanak Stuart Hazell, dan pembunuh bersiri GP Harold Shipman, yang meninggal dunia di penjara pada tahun 2004. Sumber:mailOnline , Editor:Farhana