Anu Perogol Hampir Putus Kena Gigit


AFRIKA: Seorang wanita di Afrika Selatan telah menggigit kemaluan seorang lelaki hingga cedera parah ketika lelaki tersebut merogolnya di depan anaknya yang berusia lima tahun di rumahnya.

Isnin lalu,wanita berkenaan yang sarat mengandung tiga bulan itu sedang berjalan bersama anaknya di utara wilayah Mpumalanga, kemudian dua orang lelaki menawarkan diri untuk menumpangnya pulang ke rumah namun mereka mengacukan sepucuk pistol kepadanya sebelum memandu kereta tersebut ke arah semak berhampiran bandar White River.

"Kemudian seorang lelaki mengacukan sebilah pisau lalu merogol wanita itu di depan anaknya yang masih kecil.

"Namun begitu wanita tersebut berjaya menggigit kemaluan lelaki terbabit dan menyebabkan penyerangnya melarikan diri," kata kenyataan polis Mpumalanga.

Polis mendakwa bahawa kemaluan penyerang itu tidak putus tetapi mengalami kecederaan yang agak teruk.

Pihak polis meminta bantuan klinik dan hospital yang berdekatan untuk membuat laporan jika ada lelaki  memerlukan rawatan bagi kecederaan dibahgian kemaluan.

Di Afrika, pihak polis telah menunjukkan sebanyak 100 kes jenayah rogol telah berlaku setiap hari.

Kajian pertubuhan bebas mendakwa ramai perogol telah terlepas daripada dakwaan akibat siasatan pihak polis tidak begitu lengkap dan jumlah tertuduh yang telah disabitkan kesalahan tidak sampai 10 peratus. Editor: Ila