Awas Ketika Mengambil Gambar , Takut Ada Yang "Tumpang" Bergambar Di Belakang Anda


Sekumpulan remaja wanita melarikan diri dari sebuah majlis bagi meraikan seorang sahabatnya yang bakal berkahwin selepas terlihat sesuatu yang sangat menakutkan didalam salah satu gambar mereka

Mereka memilih sebuah perkampungan yang terpencil di Scotland bagi meraikan majlis itu terkejut selepas mengambil beberapa keping gambar di Argyll dan Bute.

Pada salah satu gambar tersebut mereka mengangkat tangan sambil memegang topeng, tetapi yang aneh nya kelihatan seorang budak kecil yang memandang tepat ke arah mereka di belakang tunggul kayu.

Gambar tersebut dipercayai telah diambil hanya beberapa minit sahaja dari gambar sebelumnya namun gambar itu tidak menunjukkan kehadiran orang lain di sekitar kawasan mereka mengambil gambar melainkan kumpulan mereka sahaja.

Sebaik sahaja terlihat gambar aneh didalam gambar itu kumpulan remaja wanita itu melarikan diri. Kemudian salah seorang dari mereka membuat kajian tentang kawasan tersebut didalam telefon bimbitnya. Dia menemui satu kisah seorang budak lelaki yang bangun dari tempat tidurnya lalu berjalan menuju sebuah tasik dan lemas didalam tasik itu.


Kisah itu adalah "The Blue Boy", sebuah filem televisyen yang pernah disiarkan oleh BBC pada tahun 1994, menceritakan tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang tenggelam di Loch
(tasik) Eck.

Filem yang dibintangi pemenang Oscar Emma Thompson itu, dikatakan telah difilemkan di lokasi yang sama di mana gambar-gambar itu diambil.

Cerita tersebut adalah drama yang melibatkan The Coylet Inn, penginapan abad ke-17 yang mengadap sebuah tasik yang dipercayai berhantu.

Pertama kali gambar ini muncul pada musim panas yang lalu dan telah mencetuskan pelbagai tanggapan mengenai kehadiran budak lelaki itu. Ada juga sesetengah dari mereka mempertikai kan  kesahihan gambar tersebut.

Salah seorang pengguna Reddit berkata : " Tidak akan tidur malam ini".

Di dalam temu bual The Herald pada 1994, penulis skrip The Blue Boy, Paul Murton berkata: "Saya bercakap dengan pihak hotel mengenainya dan dia mengatakan tentang Blue Boy".

Kisah nya adalah seorang budak lelaki yang bercuti bersama ibu bapanya di hotel tersebut dan bangun berjalan pada waktu malam. Dia dikatakan tersesat di luar lalu terjatuh ke dalam tasik. Kanak-kanak itu dipercayai mati lemas. Ketika mayatnya ditemui mata kanak-kanak itu telah bertukar menjadi biru akibat kesejukan.

Tidak kurang juga dengan gangguan yang sering terjadi didalam hotel ini.

"Kakitangan hotel menyedari bahawa barang seperti pinggan mangkuk dan sudu sering berubah dari tempat asalnya tanpa seorang pun menukar kedudukannya dan mereka kadang kala terlihat tapak kaki basah di koridor hotel". -TheSun. Editor: Ila