Ayah Sakit Mental Bunuh Bayinya Yang Baru Berusia 3 Bulan


Seorang ayah yang sanggup menyembelih bayinya yang baru berusia 3 bulan sehingga kepala bayi itu terputus pada bulan 10 tahun lalu di Lombok Tengah telah dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun.

Hakim Makmah tinggi Lombok semalam telah membuat keputusan selepas meneliti bukit-bukti pembunuhan kejam itu.

Suspek dikenali sebagai Mustakim,25 tahun dirawat selepas polis mendapati suspek mempunyai masalah mental dan pernah menerima rawatan di hospital pada tahun 2014 sebelum dia  mendirikan rumah tangga.

Mustakim menyembelih bayinya yang baru berusia 3 bulan itu pada Selasa (3.10.2017) pada pukul 1.05 ketika isteri dan ibunya berada di sawah.Bayi malang itu disembelih di hadapan kakaknya yang baru berusia 3 tahun.

Sebaik sahaja pihak polis mendapatkan maklumat,suspek yang masih lagi memegang sebilah parang tajam berdiri sambil tertawa di hadapan mayat bayinya yang kaku.

Mayat bayi itu ditemui oleh neneknya yang baru sahaja balik daripada sawah. Katanya, dia sempat melihat anak lelakinya itu menyembelih cucu lelakinya dengan sebilah parang panjang sambil tersenyum-senyum.

Dia kemudiannya meminta bantuan pertolongan daripada orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak polis. Editor: Ila