Ayda Jebat Bertunang??


KUALA LUMPUR- Penyanyi serta pelakon Ayda Jebat atau sebenarnya Nur Suhada Jebat yang dilahirkan pada 17 Mac 1992. Pernah menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Ayda juga dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200%.

Baru-baru ini Ayda Jebat, telah mengakui bahawa di seringkali mendapat panggilan telefon serta pesanan ringkas melalui laman sosial oleh kerana gambar majlis pertunangan yang telah berlangsung di kediaman rumahnya, pada minggu lalu.

Katanya, ramai yang menyangka dirinya telah melangsungkan tali pertunangan secara senyap-senyap dan sengaja merahsiahkan berita gembira itu. Ada juga segelintir daripadanya, menyatakan bahawa dia bernikah dalam diam tanpa memberitahu kepada pihak media.

"Saya sendiri tidak menyangka ramai orang beranggapan bahawa saya yang bertunang, malah tak putus-putus panggilan telefon dan pesanan ringkas yang diterima hingga ke hari ini.

"Saya ,masih lagi solo dan belum menjadi milik sesiapa lagi,"katanya.

Beliau menyatakan bahawa majlis itu sebenarnya ada lah majlis pertunangan adik perempuannya, Sabira.

Menurutnya lagi, bukan dia sahaja yang terpaksa menjawab segala persoalan tersebut, malah mama nya juga perlu menjawab soalan yang sama.

"Oleh kerana perkongsian gambar tersebut di laman sosial menjadi tular, mama juga terpaksa menjawab panggilan serta pesan ringkas ,".

Ternyata jodoh adik nya Sabira terlebih dahulu sebelum nya, menurut Ayda dia juga tumpang gembira dan percaya Allah telah menentukan jodoh buat setiap hamba nya.

"Akan sampai satu masa,tiba juga giliran saya,jadi bersabar sahaja la". Editor: Ila