Jumaat, 12 Januari 2018

Azam Baru Neelofa


KUALA LUMPUR - Neelofa yang dikenali sebagai Pengacara dan usahawan terkemuka menyatakan hasratnya yang sudah lama diimpikan untuk membuka sebuah pusat al-Quran pada hari ini, 12 Januari.

Beliau berkata sudah mempunyai impian tersebut sejak dahulu lagi dan mahu memperbaiki diri sebelum merealisasikannya.

“Saya pasti, ibu dan bapa saya juga mempunyai impian sama. Saya juga dari dahulu memang sudah merancang sedikit demi sedikit untuk merealisasikan hasrat itu.

“Tapi biasalah, saya mahu memperbaiki diri ke arah yang lebih baik sebelum saya menunaikan impian tersebut. Doakan saya semoga urusan itu dipermudah,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.

Ketika ditemui utusan online, Neelofa sedang menghadiri pentas akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di ibu Pejabat Utusan Malaysia pada hari ini. Sumber:Utusan Online , Editor:Farhana