18 Jan 2018

Balai Polis Kerap Menerima Panggilan Dari Wanita Kerana Anggota Kacak


CHINA - Seorang anggota polis yang bernama Haobin telah menyelamatkan nyawa seorang wanita yang cuba membunuh diri dari sebuah bangunan tinggi.

Kerana memiliki wajah yang kacak, balai polis ini sering mendapat panggilan telefon dari puluhan wanita dan ibu bapa mereka untuk mengatur temu janji bersama anggota tersebut.

Menurut laporan Qianjiang Evening News, panggilan dibuat ke sebuah balai polis di Hangzhou, di wilayah Zhejiang untuk mendapatkan maklumat tentang Haobin dan bertanyakan sama ada dia sudah berpunya atau sebaliknya.

Media negara itu melaporkan bahawa Haobin bertindak balas terhadap panggilan yang diterima pada Jumaat, menyatakan seorang wanita mengancam untuk terjun dari bangunan 16 tingkat.

Dia pergi ke lokasi yang dinyatakan wanita tersebut dan melihat wanita itu sedang berdiri di atas tebing di bahagian luar blok sementara yang lain cuba memujuknya supaya membatalkan niatnya itu.

Haobin memanjat tembok di bahagian atas bangunan sebelum pergi ke tebing dan mengangkat wanita itu yang sedang hamil dua bulan untuk diselamatkan.

Rakan-rakan anggota polis memberitahu media bahawa mereka tidak dapat memberikan butir peribadi Haobin kepada pemanggil, tetapi mencadangkan supaya mencarinya semasa dia bertugas.

Haobin, 25, adalah bekas seorang gimnastik sebelum menyertai pasukan polis pada Januari tahun lalu.

Katanya dirinya belum berpunya tetapi tidak tergesa-gesa untuk mencari pasangan. Sumber:mStar online , Editor:Farhana


Advertiser