Bangla Itu Ambil Gambar Layla, Bila Saya Suruh Bukak Gallery Foto Terkejut Saya Tengok Handphoe Dia Orang


KEDAH – Seorang wanita yang bernama Siti Umairah sedang membeli belah di Tesco Kulim pada 15 Januari kira-kira jam 9.00 malam.

Umairah ke Tesco bersama anaknya Layla Salikin,kakak iparnya Zadariah Zakaria beserta tiga orang anak dan ibunya kerana mahu membeli diapers yang sedang dalam promosi.

Setibanya di tesco, Umairah terlintas di kawasan baju kanak-kanak yang juga sedang dalam promosi manakala ibu dan kakak iparnya sudah pergi ke bahagian barang-barang dapur dan hanya tinggal dia, Layla dan anak saudaranya Zahra.

Tengah asyik memilih seluar untuk Layla, tiba-tiba 5 hingga 6 orang warganegara Bangladesh datang dan salah seorang sedang memegang telefon bimbit dan menghala kearah Layla.

Umairah beranggapan mereka mengambil gambar Layla lalu berasa takut kerana dia seorang diri manakala mereka ramai.

Demi keselamatan anak nya dia gagahkan diri bertanya apa yang mereka sedang buat dan mereka mula menjauhkan diri lalu dia mengikut sambil menolak troli dan memanggil lelaki yang sedang memegang telefon bimbit dengan berkata dengan lantang “open camera gallery. Delete. I call police".

Lelaki itu datang ke hadapan Umairah dan buka galeri telefonnya.

Terdapat gambar Layla dan banyak lagi gambar kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya.

Lelaki itu memadam gambar Layla sambil berkata "ok. Delete. Delete. Sorry. Sorry. I dont know. Sorry. No police"

Selepas itu, Umairah pergi mencari ibu dan kakak iparnya dan menceritakan segalanya dan bertekad untuk memberitahu kepada pihak tesco serta menghubungi suaminya Mohd Izwan Othman Arshad untuk memberitahu apa yang telah berlaku.

Umairah teruskan mengambil barang-barang yang mahu dibelinya dan masih melihat kumpulan suspek itu berkeliaran sambil memegang telefon bimbit.

Selepas selesai membayar, beliau pergi ke kaunter khidmat pelanggan untuk membuat laporan namun pekerja di situ hanya menjawab "ok. Kami akan berhati-hati.” tanpa bertanyakan yang mana satu kumpulan itu.

Umairah mengikut ibu dan kakak iparnya pergi ke kedai makanan dan terlihat kumpulan suspek berhenti di kedai cermin mata sambil mencuba cermin mata di kedai itu.

Umairah sempat mengambil gambar mereka dan apabila abangnya sampai mereka beri laluan kepada anak-anak bermain dahulu sebelum turun ke tempat meletak kenderaan.

Pihak polis tunggu di tempat letak kenderaan untuk mengambil keterangan lalu Umairah menunjukkan gambar suspek yang sempat di ambilnya namun polis berkata tidak dapat berbuat apa kerana mereka sudah pulang.

Umairah berasa kesal kerana tidak menyuruh lelaki itu padam kesemua gambar kanak-kanak yang ada dalam galeri telefonnya kerana pada saat itu dia berasa sangat takut dan bimbang namun masih mempunyai kekuatan untuk mengikut mereka kerana memikirkan keselamatan anaknya.

Para ibu bapa di luar sana di minta untuk berhati-hati ketika berada di pusat membeli belah atau di mana-mana sahaja yang melibatkan orang ramai.

Pihak polis berkata "kita takut kes penderaan seksual kanak2 ataupn kes culik".

Dalam kes ini, mangsa bernasib baik kerana Sekumpulan lelaki itu tidak mengganas dan pihak Tesco memberi kerjasama untuk menghubungi pihak polis. Sumber : Siti Umairah , Editor:Farhana