Bapa Mertua Rogol Dan Bakar Menantu


INDIA: Seorang lelaki berusia 55 tahun telah membakar menantunya di Rairangpur, Odisha , India. Dipercayai kejadian berlaku kerana wanita itu mengancam untuk melaporkan kepada polis tentang perbuatan keji bapa mertuanya.

Wanita itu dikatakan telah dirogol oleh bapa mertuanya sendiri. Disebabkan berang dengan tindakan menantunya lelaki itu sanggupe membakar menantunya hidup-hidup akibat takut perbuatan keji nya itu dihidu oleh pihak polis.

Bagaimana pun, menurut Hindustan Times, wanita 23 tahun itu tidak meninggal dunia namun 80 peratus tubuhnya melecur akibat api yang panas.

Wanita itu dikatakan tinggal bersama-sama keluarga suaminya sejak dia dikahwinkan dua tahun lalu. 

Dia telah diserang dan diperkosa oleh bapa mertuanya yang dikenali sebagai Ramgopal Khemka, 55, semasa ketiadaan orang di rumah kerana keluar bekerja, Sabtu lalu.

Semasa bergelut dengan bapa mertuanya, suspek dikatakan telah menyimbah minyak tanah ke seluruh badan wanita itu lalu membayarnya.

Suspek telah berjaya ditahan oleh pihak polis setelah bapa mangsa membuat laporan di balai polis. Editor : Ila