Jumaat, 12 Januari 2018

Bayi Yang Menghidapi Penyakit Kegagalan Hati Untuk Berfungsi Meminta Bantuan Dari Orang Ramai Untuk Meneruskan Kehidupan Seharian.


Muhammad Aisy Zafran Zainal Azman bayi tujuh bulan yang menghidapi penyakit kegagalan hati (Biliary Atesia) memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos pebelanjaan sebanyak RM 250,000.

Zainal Azman Mazlan,35 ayah kepada bayi tersebut berkata anak bongsu dari tiga beradik itu telah dilahirkan secara normal pada 18 Mei tahun lalu. Bayi tersebut dikesan menghidap penyakit tersebut ketika dia berusia 32 hari.

"Pada awalnya, anak bongsu saya hanya menghidap demam kuning seperti bayi lain yang baru lahir,namun setelah hasil daripada ultrasound doktor telah mengesahkan hati dan limpa Muhammad Aisy Zafran membengkak, selain perutnya turut membengkak kerana hatinya gagal berfungsi secara normal.

"Doktor menasihati supaya anak saya menjalani pembedahan hati secepat mungkin di Hospital Renji di Shan hai, China dalam tempoh enam bulan dari sekarang,"katanya di Putrajaya, semalam.

Zainal Azman bekerja sebagai pembantu teknikal berkata Muhammad Aisy Zafran pernah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) doktor menasihatkan supaya dia menjalani Pembedahan segera dengan kos yang hampir mencecah RM 250,000.


Pemindahan hati perlu dilakukan di China kerana hospital berkenaan mempunyai kepakaran,selain bayinya yang masih kecil dan kekurangan berat badan.

"Anak saya sudah pun menjalani pembedahan Kasai sebelum ini bagi membolehkan hempedunya mengalir dari hati terus ke usus.

"Walaubagaimanapun,keadaannya masih tidak berubah dan perutnya membuncit,selain itu kulitnya juga turut menjadi pucat serta kekuningan.
"Sebagai seorang ayah,saya mahu melihat yang terbaik buat Muhammad Aisy Zafran selain melihat dia kembali sihat seperti kanak-kanak normal yang lain,"katanya.
Kos ubat-ubatan bagi anaknya ini kini hampir mencecah RM1,500 hingga RM2,000 setiap hari.
Zainal Azman dan isterinya berkata , Nurul Aini Sulaiman,35 ,sudah pun membuat ujian darah untuk melihat adakah mereka sesuai menjadi penderma hati kepada anak lelakinya itu.
Untuk menghulurkan sumbangan anda boleh menyalurkan menerusi akaun Maybank 512017516106 atas nama Zainal Alam atau menghubunginya di talian 019-242 4800. Editor: Ila