Bekas Teman Lelaki Tidak Puas Hati Dengan Perempuan Berpurdah


INDONESIA: Orang ramai telah menemukan seorang mayat wanita yang bepurdah dikenali sebagai Nurul Khotimah (38) di Masjid Anas Bin.

Lebih mengejutkan lagi di atas mayat wanita itu terdapat nota yang bertulis “Maaf mohon dirawat sesuai syariat islam jangan cari tahu siapa saya”

Hasil siasatan pihak polis kemungkinan wanita itu adalah mangsa bunuh memandangkan terdapat luka jerut di bahagian leher dan beberapa luka di bahagian lain.

Ayah dan suami mangsa juga mengesyaki anaknya itu adalah mangsa pembunuhan. Sebabnya terdapat mesej-mesej dalam telefon bimbit (HP)  mangsa dengan seorang lelaki yang dipercayai bekas kekasih mangsa waktu sekolah dulu.

Agustina, kakak mangsa juga mengaku bahawa mangsa pernah menceritakan hal itu padanya. Katanya mangsa rimas dan takut kerana gangguan bekas kekasihnya itu dan pernah berniat untuk membuat laporan polis.

Menurut salah seorang dari kawan mangsa mengatakan, lelaki berkenaan pernah memaksa mangsa untuk bercerai dengan suaminya dan memaksa menikahi dengannya.

Mangsa juga dijanjikan diberikan sebuah rumah,kereta serta kehidupan yang mewah asalkan keinginan suspek dipenuhi.

Bagaimanapun Polres Kediri, AKP Hanif Fatih Wicaksono menerima satu rakaman cctv yang menunjukkan mangsa dan suspek bertemu sebelum mayatnya ditemui oleh jemaah masjid. Dan “Kami masih memburu suspek,” ujarnya. Sumber: Eberita - Editor: Amylea Nazrul