Benarkah Maggi Palsu Telah Memasuki Pasaran Tempatan?


SHAH ALAM: Baru-baru ini tular di media sosial tentang Maggi tiruan. Nestle Malaysia telah menafikan bahawa produk palsu mi segera yang berjenama Maggi itu adalah tidak benar.

Penularan gambar Maggi itu telah mendapat perhatian dan perkongsian yang tinggi di laman Facebook. Maggi tiruan itu dikatakan berasal dari China dan telah memasuki pasaran tempatan.

Melalui kenyataan yang diberikan menerusi lama Facebook rasmi Maggi Malaysia,Nestle memberitahu bahawa pihaknya telah pun sedia maklum dengan penularan gambar tersebut,

"Kami sedia maklum bahwa terdapat pengedaran mesej tentang produk Maggi. Kami memberikan jaminan bahawa mesej ini sama sekali tidak berasas," katanya.

Selain itu, kesemua produknya dikeluarkan dibawah syarat-syarat pengilangan yang sangat ketat.

"Kami juga akan memastikan produk-produk kami mematuhi kawalan keselamatan dan kualiti makan yang tinggi,

Menurutnya lagi, produk Maggi memberikan jaminan keselamatan dan kualiti produk adalah keutamaan syarikat mereka,soal ini sememangnya tidak boleh di abaikan sama sekali.

Nestle menasihati semua pengguna untuk membeli produk Nestle daripada kedai dan pasaraya.

Sekiranya pengguna memerlukan penjelasan yang lebih lanjut,anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pengguna Nestle di talian 1-800-88-3433. Kesemua persoalan yang bermain di minda pengguna akan terjawab oleh pihaknya. Editor: Ila