'Beri kami RM20 juta'


KUALA TERENGGANU: Pemilik rumah kayu tradisional di Kampung Tanjung Kelab Pantai meminta bayaran sebanyak RM20juta bukan RM20.000 yang masih lagi berada di tengah-tengah tapak projek pembinaan manakala kediaman lain di sekeliling kawasan itu sudah dirobohkan.

Rumah pusaka itu yang dimiliki Wan Mokhtar Wan Yusof 65, dan keluarganya yang sudah berada di situ selama 77 tahun.

Sebelum ini dia pernah menerima notis pemaju yang mengarahkan mereka untuk mengosongkan kawasan tersebut pada dua tahun yang lalu.

"Mereka menawarkan RM20,000 sebagai pampasan supaya kami berpindah, memang nilai yang tak masuk akal sedangkan tanah dan rumah yang kami diami ini berada di kawasan bandar.

"Kami semua nekad, jika pampasan sebanyak RM20 juta seperti diminta tidak ditunaikan, kami tak akan berganjak.

"Sekarang ini saya sebagai anak ketiga, masih tinggal di sini bersama keluarga sendiri manakala adik-beradik lain pula tinggal di tempat lain," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di sini, hari ini.

Kewujudan rumah berkenaan menjadi tular setelah ayah kepada perlakon terkenal Emma Maembong iaitu Ismail Embong melawat rumah tersebut yang ternyata didiami rakannya sendiri.

Sebelum ini Wan Mokhtar dan keluarga pernah di hubungi untuk hadir ke Pejabat Tanah dan Galian mengenai projek yang akan di jalankan di kawasan kampung berkenaan beberapa tahun dahulu.

Katanya, masalah timbul apabila pihak Pejabat Tanah dan Galian memberitahu bahwa tiada apa-apa rekod tentang hak milik tanah tersebut.

"Arwah ayah saya, Wan Yusof Wan Abdul Kadir membeli tanah ini daripada ibu saudaranya, Wan Mek Wan Yaacob pada 1977.


"Bagaimanapun geran asal sudah hilang. Tetapi yang peliknya, bagaimana pula rekod pemilikan tiada dalam simpanan PTG," kata bapa kepada enam anak itu.